Prebiu: Amerika Syarikat vs Algeria

June 23, 2010 by  

BARANGKALI bosan kerana asyik ketinggalan, Amerika Syarikat tekad untuk menjaringkan gol awal apabila berdepan Algeria dalam perlawanan terakhir Kumpulan C, malam ini.

Amerika Syarikat melepaskan gol awal ketika menentang England dan ketinggalan 0-2 pada babak pertama semasa menentang Slovenia.

Sering ketinggalan kepada lawan merupakan senario yang perlu dielak apabila berdepan Algeria di Pretoria.

“Kami boleh turun ke padang dan berkata, ‘ayuh kita buru gol awal’, tetapi ia tidak semudah yang disangka.

“Jadi, kami perlu bekerja keras dan menumpukan perhatian serta berharap nasib menyebelahi kami.

‘‘Kami boleh mencapai sasaran yang dikehendaki dengan menjaringkan gol awal,” kata Clint Dempsey, yang menjaringkan gol penyamaan ketika seri 1-1 dengan England.

Amerika Syarikat akan ke pusingan kedua jika menewaskan Algeria.

Jika seri, ini akan memberi kelebihan buat Amerika, itu pun jika England tewas kepada Slovenia.

Jika Amerika Syarikat dan England kedua-duanya mencatat keputusan seri, Amerika Syarikat akan layak dengan kelebihan jaringan berbanding England, yang setakat ini menjaringkan tiga gol berbanding England satu gol.

Keputusan seri tidak akan membantu Amerika Syarikat, jika England mencatatkan kemenangan.

Jika kalah hari ini, Amerika Syarikat terpaksa pulang awal.

Algeria pula dilihat sukar untuk mara, dengan hanya memungut satu mata, selepas tewas 1-0 kepada Slovenia dan seri tanpa jaringan dengan England.

Comments

Feel free to leave a comment...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!