Tshabalala jaring gol pertama, Marquez penyelamat Mexico

June 12, 2010 by  

SIPHIWE Tshabalala mencipta bangga buat diri selaku penjaring pertama pada kempen Piala Dunia 2010 tetapi sumbangan itu belum cukup untuk Afrika Selatan yang berwajah muram selepas seri 1-1 ketika menentang Mexico dalam perlawanan pembukaan, malam tadi.

Tshabalala merembat masuk sepakan padu kaki kiri pada minit ke-55 melepasi jangkauan penjaga gol Mexico, Oscar Perez tetapi Rafael Marquez menafikan pesta untuk tuan rumah dengan jaringan penyamaan 11 minit sebelum tamat permainan di Stadium Soccer City yang disaksikan lebih 85,000 penonton.

Afrika Selatan nyaris hadir untuk mendapat gol kemenangan pada minit ke-90 apabila Katlego Mphela terkena tiang gol lawan selepas dia berjaya memperdayakan dua pemain pertahanan Mexico.

Apapun, Afrika Selatan jelas tertekan dengan asakan Mexico yang membuat kemunculan ke-14 dalam Piala Dunia apabila mendominasi dan mencipta peluang lebih baik pada 45 minit pertama.

Selepas rehat, jalan ceritanya berbeza dengan tuan rumah berjaya mendapat suntikan semangat dan inspirasi penyokong mereka yang enggan menerima kekalahan di bumi sendiri.

Comments

One Response to “Tshabalala jaring gol pertama, Marquez penyelamat Mexico”

  1. Abdirahman Farah on June 16th, 2010 8:40 am

    woow!!!! I was watching this historic moment from Minnesota, U S A , I congratulated these African, players, although I don’t like to say this word, because I have never done anything for being an african, however, I supported this, guy who scored this amazing goal, thanks, by the way I really loved the dance, and who they performed it.

Feel free to leave a comment...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!