Mexico bangkit ikat Afrika Selatan

June 12, 2010 by  

TUAN rumah Piala Dunia 2010, Afrika Selatan mensia-siakan kelebihan mendahului satu gol apabila membenarkan jaringan Rafael Marquez, 11 minit sebelum perlawanan tamat bagi membolehkan Mexico mengikat skuad Bafana Bafana 1-1 dalam aksi pembukaan malam tadi. [LIHAT VIDEO]

Mexico menguasai perlawanan pada babak pertama, namun gagal menghasilkan sebarang jaringan sehingga tamat 45 minit pertama.

Sepuluh minit selepas perlawanan bersambung di babak kedua, Siphiwe Tshabalala menambahkan kegamatan di Stadium Soccer City, Johannesburg apabila merembat kencang dari sebelah kanan gawang Mexico untuk gol pembukaan Afrika Selatan.

Bagaimanapun kealpaan di bahagian benteng membawa padah apabila Rafael Marquez yang tidak dikawal berjaya menyempurnakan hantaran bola tinggi Andres Guardado ke dalam kotak penalti untuk gol penyamaan Mexico.

Keputusan seri itu menyukarkan hasrat tuan rumah untuk sekurang-kurangnya menghuni tangga kedua kumpulan memandangkan mereka perlu berhadapan dengan Uruguay dan Perancis selepas ini.

Comments

Feel free to leave a comment...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!