Afrika Selatan lebih yakin hadapi Uruguay
June 16, 2010 by admin
PASUKAN Afrika Selatan mendakwa sudah mengetepikan rasa gementar semasa hari pembukaan Piala Dunia dan akan lebih berusaha menentang Uruguay, awal pagi esok.
Pemain-pemain mengakui gementar ketika seri 1-1 dengan Mexico dalam perlawanan pertama kejohanan Jumaat lalu dan bertuah kerana tidak ketinggalan pada separuh masa.
“Bagi kebanyakan pemain, ia perlawanan Piala Dunia pertama kami,” kata pemain tengah Steven Pienaar.
Namun, pemain memberitahu, satu keyakinan yang baru ditemui dari awal perlawanan Kumpulan A hari ini di Loftus Versfeld, Pretoria.
“Matlamat kami ialah memasuki pusingan kalah mati dan kami yakin melakukannya,” kata pertahanan tengah, Bongani Khumalo.
Pemain pertahanan, Siboniso Gaxa menambah: “Ia amat penting untuk menang jika kami mahu layak. Kami perlu bermula kali ini dengan satu catatan yang tinggi dan saya tahu kami akan melakukan yang terbaik.”
Dalam pada itu, jurulatih Afrika Selatan, Carlos Alberto Parreira menyarankan empat mata mungkin memadai untuk mara ke fasa kalah mati.
Dengan satu mata daripada perlawanan pembukaan dan perlawanan terakhir kumpulan menentang bekas juara dunia, Perancis, Bafana Bafana menganggap Uruguay sebagai harapan terbaik mereka untuk meraih satu kemenangan.
“Kami tidak akan mengubah apa-apa pelan. Ia semua mengenai kerja keras dan keyakinan serta kepercayaan diri,” tambah Siphiwe Tshabalala yang menjaringkan satu gol menarik menentang Mexico.
Sementara itu, Uruguay bakal memiliki cita-cita yang sama dalam satu perlawanan yang bakal disasarkan sebagai termudah dalam pertembungan Kumpulan A.
Penyerang Luis Suarez mungkin diberikan satu lagi peluang untuk menyerlah biarpun gagal menonjol buat La Celeste seperti mana dia dengan kelabnya, Ajax Amsterdam.
Pasukan Oscar Tabarez beroleh satu mata dengan satu persembahan yang gigih ketika seri tanpa jaringan dengan Perancis di Cape Town, Sabtu lalu.
“Perlawanan kami berikutnya memerlukan satu dimensi baru. Kami sentiasa kata perlawanan pertama menunjukkan bagaimana kumpulan itu bakal berkembang tetapi dalam keadaan ini, perlawanan berikutnya kini akan membentuk kumpulan ini,” kata Tabarez.
Dia kehilangan pilihan untuk menurunkan Nicolas Lodeiro yang digantung selepas dibuang padang menentang Perancis dan mungkin kekal dengan barisan yang sama seperti perlawanan pembukaan.
“Suarez tidak memberikan yang terbaik mungkin kerana keadaan tertentu,’’ ujarnya.
apa apa pun pasti urugay juga yang menang dlm perlawanana ini.