Harry Kewell pemain kelapan dilayang kad merah
June 20, 2010 by admin
PEMAIN Australia, Harry Kewell muncul pemain kelapan dilayangkan kad merah setakat ini sejak Piala Dunia 2010 bermula 11 Jun lalu.
Kewell juga pemain keempat atau pemain Australia kedua yang dilayang kad merah terus (straight red card) selepas Tim Cahill.
Cahill dilayang kad merah ketika perlawanan pertama menentang Jerman, manakala Kewell menerima kad merah dalam aksi menentang Ghana, malam tadi.
Selain Kewell dan Cahill, dua lagi pemain yang menerima kad merah terus ialah penjaga gol Afrika Selatan, Itumeleng Khune dan pemain Nigeria, Sani Kaita.
Manakala pemain yang dilayang kad merah kerana menerima dua kad kuning ialah Nicolas Lodeiro (Uruguay), Abdelkader Ghezzal (Algeria), Aleksandar Lukovic (Serbia) dan penyerang Jerman, Miroslav Klose.
-
Pemain Dilayang Kad Merah:
Tim Cahill (Australia m-56)
Itumeleng Khune (Afrika Selatan m-76)
Sani Kaita (Nigeria m-33)
Harry Kewell (Australia m-25)
-
Pemain Dilayang Dua Kad Kuning:
Nicolas Lodeiro (Uruguay m-81)
Abdelkader Ghezzal (Algeria m-73)
Aleksandar Lukovic (Serbia m-74)
Miroslav Klose (Jerman m-37)
Jangan dilupa…Kaka juga pada menit ke-88