30 Pengadil Adili 64 Perlawanan Piala Dunia 2010
June 10, 2010 by admin
SELAIN pengadil tunggal dari Malaysia, Subkhiddin Mohd Salleh seramai 29 lagi pengadil dari seluruh dunia akan mengadili 64 perlawanan pada pusingan akhir Piala Dunia di Afrika Selatan, bermula esok.
Mengikut senarai rasmi yang telah dimuktamadkan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), seramai empat pengadil dipilih dari Asia iaitu masing-masing seorang dari Arab Saudi, Jepun, Uzbekistan dan Malaysia.
Eropah mempunyai wakil paling ramai iaitu 10 orang pengadil diikuti Amerika Selatan (6), Afrika (4) Amerika Utara (4), Asia (4) dan Ocenia (2).
Paling menarik ialah pengadil kontroversi dari Sweden, Martin Hansson yang dikritik hebat kerana membenarkan gol kemenangan Perancis ke atas Ireland selepas Thierry Henry menampan bola dengan tangannya turut disenaraikan oleh FIFA di Afrika Selatan.
Berikut senarai penuh 30 pengadil Piala Dunia 2010 mengikut zon:
Eropah
- Olegario Benquerenca, Portugal.
- Massimo Busacca, Switzerland.
- Frank De Bleekere, Belgium.
- Martin Hansson, Sweden.
- Viktor Kassai, Hungary.
- Stephane Lannoy, Perancis.
- Roberto Rosetti, Itali.
- Wolfgang Stark, Jerman.
- Alberto Undiano Mallenco.
- Howard Webb, England.
Amerika Selatan
- Carlos Amarilla, Paraguay.
- Hector Baldassi, Argentina.
- Jorge Larrionda, Uruguay.
- Pablo Pozo, Chile.
- Oscar Ruiz, Colombia.
- Carlos Simon, Brazil.
Asia
- Khalil Al Ghamdi, Saudi Arabia.
- Ravshan Irmatov, Uzbekistan.
- Subkhiddin Mohd Salleh, Malaysia.
- Yuichi Nishimura, Jepun.
Afrika
- Mohamed Benouza, Algeria.
- Koman Coulibaly, Mali.
- Jerome Damon, Afrika Selatan.
- Eddy Maillet, Seychelles.
CONCACAF
- Joel Aguilar, El Salvador.
- Benito Archundia, Mexico.
- Carlos Batres, Guatemala.
- Marco Rodriguez, Mexico.
Ocenia
- Michael Hester, New Zealand.
- Peter O’Leary, New Zealand.
Comments
Feel free to leave a comment...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!