Archive for the ‘Malaysia’ Category

Page 3 of 11«12345»10...Last »

Melaka gagal pertahan kedudukan, PKNS rampas takhta

FELDA United mencatat kemenangan pertama dalam saingan Liga Perdana apabila menewaskan Sarawak 4-1 di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras malam tadi. Pemain yang berasal dari Kelantan, Fatrurazi Rozi meledakkan dua gol awal pada minit ke-10 dan ke-20. Munir Amran dan Abdul Ghani Abdul Rahman kemudian menambah jaringan pada minit ke-37 dan 43 untuk Felda United mendahului 4-0 pada babak pertama. Sarawak pula memperoleh gol tunggal menerusi ... Full story

Kelantan baham Johor 3-0, Perlis kejutkan Kedah

KELANTAN naik ke tangga kedua carta Liga Super selepas membelasah Johor di Stadium Sultan Mohd Ke-IV Kota Bharu, malam ini. Nasib Kedah pula nyata berbeza apabila tunduk 0-1 kepada jiran utara, Perlis di halaman sendiri, walau pun lawan terpaksa beraksi dengan 10 pemain. Di KOTA BHARU, skuad Kelantan mempamerkan persembahan bertenaga dengan membelasah Johor 3-0, tiga selepas keputusan seri tanpa jaringan dengan Terengganu. ... Full story

Perlis mahu bangkit benam Kedah

WALAUPUN kecundang kepada Johor FC pada aksi pertama Liga Super, Sabtu lalu, jurulatih Perlis, Mohd Nidzam Adha Yusoff belum bersedia mengangkat bendera putih apabila bertandang ke Stadium Darulaman menentang Kedah, malam ini. Malah, bekas pengendali juara Liga Perdana, Kuala Muda Naza, musim lalu itu, tetap optimis dengan kesungguhan tinggi anak buahnya untuk bangkit dengan persembahan lebih bertenaga bagi memburu mata. Keyakinan itu mungkin bertitik tolak daripada beberapa ... Full story

Selangor kuasai aksi ‘Lembah Klang’

SELANGOR muncul pemenang 'pertembungan Lembah Klang' pertama musim ini selepas berjaya menewaskan Kuala Lumpur 4-1 pada perlawanan kedua Liga Super di Stadium Shah Alam malam tadi. Kuala Lumpur bagaimanapun mendahului seawal minit keenam selepas Yong Kuong Yong menanduk masuk sepakan percuma Azwan Abd Malek dari sebelah kanan untuk menewaskan penjaga gol Selangor, Hamsani Ahmad. Selangor hampir menyamakan kedudukan pada minit ke-16 tetapi penjaga gol Kuala Lumpur, Remezey ... Full story

Pahang tewas, Terengganu menang selesa

SELANGOR bangkit dari ketinggalan satu gol untuk menundukkan Kuala Lumpur 4-1 dalam aksi Liga Super malam ini, sekali gus berada di tangga teratas liga selepas dua perlawanan. Pasukan Pantai Timur, Terengganu turut melakar kemenangan bergaya apabila menundukkan Perak 3-1 di Ipoh. Gol-gol Terengganu hasil jaringan Mohd Ashaari Shamsuddin (m-16, 76) dan Mohd Firdaus Faudzi (m-50) manakal gol tunggal Perak dihasilkan Mohd Saufi Saadi pada minit ke-58. Manakala Pulau ... Full story

Melaka garang, Sabah dan Sarawak sekadar seri

PERMULAAN baik buat Melaka pada perlawanan pembukaan Liga Perdana musim ini apabila mencatat kemenangan bergaya ke atas Shahzan Muda di Stadium Hang Tuah malam tadi. Beraksi di depan penyokong sendiri Melaka menundukkan kelab dari Pahang itu 3-0 dengan aksi garang pemain tengah, Zulindra Shah Putra Adam menyumbat gol pertama Melaka menerusi sepakan percuma pada minit ke-35. Selepas perlawanan bersambung, tuan rumah tidak melepaskan dua peluang terhidang menerusi ... Full story

Kedah, KL Plus menang bergaya, Perlis tumpas di Kangar

Juara treble Liga Malaysia 2007 dan 2008, Kedah memulakan saingan Liga Super 2010 dengan kejayaan cemerlang selepas membenam Johor 3-0 di tempat lawan, sekali gus mengungguli carta Liga Super pada hari pertama saingan Liga Malaysia 2010. Manakala di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, KL Plus berjaya menjinakkan Pulau Pinang 3-1, selepas ketinggalan 0-1 selepas dua minit perlawanan bermula. Nasib malang menimpa Perlis apabila tewas 0-1 kepada Johor ... Full story

Selangor juara Piala Sumbangsih, tewaskan N.Sembilan 2-1

JUARA Liga Super dan Piala FA 2009, Selangor memulakan Liga Malaysia musim 2010 dengan langkah kanan apabila berjaya mengatasi Negeri Sembilan 2-1 dalam aksi Piala Sumbangsih malam ini, sekali gus membawa pulang tiga mata penuh untuk pasukan kendalian K Devan itu. Bagaimanapun, Negeri Sembilan terlebih dahulu membuka jaringan dan menggamatkan kira-kira 25,000 penonton selepas Idris Karim menanduk masuk bola hasil sepakan percuma ketua pasukan, Rezal Zambery ... Full story

Keputusan Liga Malaysia Terkini

Carta Liga Malaysia 2010: Carta Liga Super Carta Liga Malaysia 2010: Carta Liga Perdana... Full story

Tonggak 2009 sandaran N.Sembilan rebut Piala Sumbangsih

NEGERI Sembilan yang mengekalkan hampir keseluruhan muka lama dalam senarai kesebelasan utama musim ini, menyandarkan harapan kepada pemain berpengalaman untuk merealisasikan kemenangan ke atas Selangor, pada saingan merebut Piala Sumbangsih, di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, malam esok. Jurulatih pasukan Wan Jamak Wan Hassan, mengakui sudah mempunyai senarai pemain terbaik untuk diturunkan malam esok dan tidak menolak kemungkinan akan mengekalkan sebahagian besar barisan yang sama ketika ... Full story
Page 3 of 11«12345»10...Last »
Copyright © 2010 Berita Bola Terkini. All rights reserved. Powered by Sokernet Team: Sokernet.com | Liga Malaysia | Berita EPL and Piala Dunia 2010.