Archive for the ‘Malaysia’ Category

Page 4 of 11« First...«23456»10...Last »

Kelayakan Piala Asia: Malaysia tewas 0-1 kepada UAE

MALAYSIA terlepas peluang untuk mengutip mata sulung dalam aksi Kelayakan Piala Asia 2011 apabila jaringan pada masa kecederaan membolehkan Emiriyah Arab Bersatu (UAE) menang tipis 1-0 ke atas skuad kebangsaan di Dubai, awal pagi tadi. Pemain gantian, Ahmed Khaleel menjaringkan gol kemenangan pada minit ketiga masa tambahan selepas kedua-dua pasukan terikat ... Full story

N.Sembilan mahu Piala Sumbangsih

MERAIH kejuaraan Piala Malaysia tahun lepas hanya satu sejarah dan Negeri Sembilan harus memandang ke hadapan bagi memburu kejuaraan musim 2010. Itu kata pemain berpengalaman Negeri Sembilan, Shukor Adan menjelang perlawanan Piala Sultan Ahmad Shah Sabtu ini menentang bekas pasukan, Selangor. Shukor berkata, perkara yang lalu sudah menjadi sejarah dan mereka harus memulakan sasaran musim baru dengan memburu kejuaraan lain. "Melihat persiapan kami sekarang ini, semuanya berjalan lancar ... Full story

Kelantan sudah sedia hadapi Terengganu

KELANTAN meletakkan harapan yang tinggi untuk meraih kejayaan apabila bertemu Terengganu dalam perlawanan pembukaan mereka bagi Liga Super musim ini, Sabtu ini. Ketua Jurulatih B Sathianathan berkata prestasi semua 25 pemainnya berada dalam keadaan memuaskan walaupun beberapa tunggak utama mengalami kecederaan. "Semua persiapan untuk menentang Terengganu Sabtu ini berjalan lancar khususnya selepas balik dari perlawanan persahabatan di Bangkok, kita mempunyai cukup masa untuk membuat persiapan," katanya kepada ... Full story

KL masih cari kombinasi terbaik

PEMAIN sudah ada, tetapi kombinasi terbaik masih belum ditemui. Itu yang dialami pasukan Kuala Lumpur menjelang perlawanan pertama mereka dalam saingan Liga Super menentang T-Team, Sabtu ini. Menurut jurulatihnya, Razip Ismail, pemainnya sedang giat berlatih sekarang ini dan bersiap sedia untuk beraksi, bagaimanapun prestasi mereka ketika persiapan pra-musim agak terumbang-ambing. "Saya sudah ada bayangan kesebelasan utama yang akan diturunkan, cuma saya masih belum pasti keadaan pemain menjelang ... Full story

MB janji ganjaran jika Terengganu muncul juara

SASARAN utama mahu muncul juara tidak kira dalam Liga Super, Piala Malaysia mahupun Piala FA. Jika tercapai, habuan tidak terkira daripada kerajaan negeri Terengganu. Begitulah harapan dan jaminan Menteri Besar, Datuk Ahmad Said kepada skuad Penyu untuk meneruskan perjuangan tahun 2010 bagi menggalas tugas berat mengembalikan maruah Terengganu untuk ketiga-tiga piala tersebut. Katanya, para pemain tidak perlu bimbang tentang ganjaran yang akan diperolehi kerana mereka bakal menerima ganjaran ... Full story

Hasrat hantar skuad b-23 ke Eropah cadangan ‘pelik’

JURULATIH tempatan menyifatkan keputusan menghantar pemain skuad Bawah 23 tahun beraksi dengan kelab Eropah sebagai 'cadangan pelik'. Mereka berkata, tindakan seperti itu belum pernah dilakukan oleh mana-mana negara di dunia apabila semua pemain Bawah 23 beraksi dengan kelab Eropah. Jurulatih Terengganu, Irfan Bakti Abu Salim berkata, langkah menempatkan pemain dalam pasukan di liga Eropah hanya sesuai pada peringkat usia pemain remaja. ''Pemain Bawah 23 kita bukan budak-budak lagi. ... Full story

Skuad emas Malaysia benam Syria 4-1

Skuad emas kebangsaan berjaya menundukkan Syria 4-1 dalam aksi persahabatan di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebagai persediaan menjelang kelayakan Piala Asia menentang Emiriyah Arab Bersatu (UAE) 6 Januari ini. Syafiq Rahim membuka tirai jaringan Malaysia menerusi sepakan penalti pada minit ke-31. Syafiq sekali lagi mempamer penyudah berbisa apabila menyumbat gol kedua pada minit ke-60, juga menerusi tendangan penalti. Bagaimana pun Syria berjaya merapatkan jurang tiga minit selepas ... Full story

Aksi final dicemari insiden keganasan penonton

INSIDEN keganasan penyokong mencemari final Piala Emas Raja-Raja yang menyaksikan perlawanan dihentikan 10 minit sebelum Perlis dinobatkan sebagai juara baru apabila membenam Kedah 2-0 di Stadium Darulaman, Alor Setar, malam tadi. Perlawanan itu turut menyaksikan dua atau tiga pemain dibuang padang (laporan Berita Harian dua pemain manakala laporan Utusan Malaysia tiga pemain dilayang kad merah?), masing-masing penjaring gol pertama Perlis, Romdhi Zat Jamian pada minit ke-82 ... Full story

30,000 penonton penuhi stadium saksikan aksi final Perlis-Kedah

AKSI Final Piala Emas Raja-Raja antara Kedah dan Perlis yang berlangsung di Stadium Darulaman malam tadi mencatat senario baru bola sepak tempatan (selain Liga Malaysia dan Piala Malaysia) apabila disaksikan 30,000 penonton yang memenuhi segenap penjuru stadium. Perlawanan akhir berkenaan turut disaksikan Raja Muda Kedah, Tuanku Abdul Malik Mu'adzam Shah; Puteri Sultan Kedah, Tunku Datuk Seri Intan Safinaz Tuanku Abdul Halim; Menteri Besar Kedah, Datuk Seri ... Full story

Perlis lunas dendam 13 tahun juarai Piala Emas Raja-Raja

DENDAM 13 tahun Perlis berbalas malam tadi apabila mencipta kemenangan 2-0 ke atas Kedah untuk menjuarai perlawanan Puncak Piala Emas Raja-Raja 2009 dalam saingan akhir mendebarkan yang turut dicemari rusuhan penonton di Stadium Darulaman, di Alor Setar. Insiden tersebut berlaku pada lima minit terakhir permainan apabila sebilangan penonton memasuki padang untuk memaksa pengadil Mohd Nazer Mohd Said dari Selangor memberhentikan perlawanan pada lima minit terakhir saingan. Ini ... Full story
Page 4 of 11« First...«23456»10...Last »
Copyright © 2010 Berita Bola Terkini. All rights reserved. Powered by Sokernet Team: Sokernet.com | Liga Malaysia | Berita EPL and Piala Dunia 2010.