Perlis mahu bangkit benam Kedah

WALAUPUN kecundang kepada Johor FC pada aksi pertama Liga Super, Sabtu lalu, jurulatih Perlis, Mohd Nidzam Adha Yusoff belum bersedia mengangkat bendera putih apabila bertandang ke Stadium Darulaman menentang Kedah, malam ini.

Malah, bekas pengendali juara Liga Perdana, Kuala Muda Naza, musim lalu itu, tetap optimis dengan kesungguhan tinggi anak buahnya untuk bangkit dengan persembahan lebih bertenaga bagi memburu mata.

Keyakinan itu mungkin bertitik tolak daripada beberapa faktor termasuk peningkatan memberangsangkan ditunjukkan anak buahnya pada sesi latihan selepas mempamerkan agak mengecewakan ketika tewas 1-0 kepada Johor FC.

Nidzam berkata, antaranya paling utama ialah peningkatan dalam persefahaman membabitkan pemain lama dan baru serta empat anggota skuad bawah 23 tahun negara.

Walaupun gagal memenuhi sasaran mengutip mata apabila tewas pada perlawanan pertama, semangat serta komitmen barisan pemain tidak terjejas, malah semakin `membuak-buak’.

“Saya percaya persembahan pasukan kali ini pasti akan lebih mantap biarpun terpaksa berdepan Kedah malam esok (malam ini).

Kami akui Kedah pasti turun dengan semangat tinggi memburu kemenangan kedua selepas menang 3-0 ke atas Johor. Tapi, semua itu bukan alasan buat kami memburu kejayaan.

About the Author

Sokernet has written 142 stories on this site.

Write a Comment

Gravatars are small images that can show your personality. You can get your gravatar for free today!

Copyright © 2010 Berita Bola Terkini. All rights reserved.
Powered by Sokernet.com, Berita Bola Terkini and Info Bola Sepak Teams.