Archive for the ‘Asean’ Category

Page 1 of 212»

Skuad emas naik ‘pangkat’ pasukan senior Malaysia

SELEPAS memenangi pingat emas Sukan SEA Laos, skuad B-23 bimbingan K Rajagobal terus dinaikkan pangkat oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sebagai skuad utama pasukan kebangsaan dan mendapat ‘restu’ daripada beberapa bekas pemain senior. Bekas ketua pasukan skuad senior kebangsaan yang membantu Negeri Sembilan muncul juara Piala Malaysia, Shukor Adan berkata, apa yang dilakukan oleh FAM adalah satu pendekatan yang bagus dan skuad tersebut tidak seharusnya dibubarkan. “Skuad ... Full story

Video: Malaysia vs Vietnam 1-0 Final Sukan SEA 2009

MALAYSIA mencatat sejarah menjuarai acara bola sepak Sukan SEA ke-25 selepas 20 tahun apabila mengalahkan Vietnam 1-0 pada perlawanan akhir di Stadium Utama Kompleks Sukan Nasional Laos, malam tadi. Untuk rekod, kali terakhir Malaysia mara ke perlawanan akhir acara bola sepak Sukan SEA ialah pada 2001 di Kuala Lumpur tetapi kalah 1-0 kepada Thailand menerusi gol masa tambahan. Ini merupakan kali pertama Malaysia mengalahkan Vietnam sejak ... Full story

Sukan SEA: Kemarau 20 tahun Malaysia berakhir, lunas dendam ke atas Vietnam

MALAYSIA mengakhiri kemarau 20 tahun untuk memenangi pingat emas acara bola sepak lelaki Sukan SEA apabila berjaya menewaskan Vietnam 1-0 pada perlawanan akhir yang baru berakhir. Skuad bola sepak bawah 23 negara mencipta sejarah Sukan SEA apabila menang emas pertama selepas kali terakhir dilakukan 20 tahun lalu. Jaringan gol sendiri pemain Vietnam, Mai Xuan Hop pada minit ke-85 memberikan peluang untuk Malaysia memperoleh emas dalam acara akhir ... Full story

Final Sukan SEA 2009: Malaysia menang pingat emas, tewaskan Vietnam 1-0

SKUAD bola sepak bawah 23 negara mencipta sejarah Sukan SEA apabila berjaya memenangi pingat emas pertama selepas kali terakhir dilakukan 20 tahun lalu. Jaringan gol sendiri pemain Vietnam selepas tolakan Norshahrul Idlan Talaha memastikan impian Malaysia untuk memperoleh emas dalam acara bola sepak lelaki Sukan SEA ke-25 di Laos. Kali terakhir skuad negara menang emas ialah di Temasya Kuala Lumpur 1989. Ketika itu Malaysia menewaskan Singapura 3-1.... Full story

Keputusan Final Sukan SEA 2009 Malaysia vs Vietnam

HARI ini jutaan peminat bola sepak Malaysia bakal berada di depan kaca TV masing-masing untuk menyaksikan siaran langsung perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA 2009 antara Malaysia menentang Vietnam. Untuk rekod, sebanyak 1.7 juta penonton menyaksikan siaran langsung di TV2 perlawanan separuh akhir antara Malaysia dan Laos, tiga hari lepas. Perlawanan akhir hari ini dijadualkan bermula jam 6 petang dan dapat ditonton secara Live menerusi TV2 dan ... Full story

Siaran langsung Final Sukan SEA Malaysia-Vietnam di TV2 & TV3

PERLAWANAN Akhir acara bola sepak Sukan SEA antara Malaysia dan Vietnam petang ini akan disiarkan secara langsung oleh dua stesen televisyen Malaysia, satu milik kerajaan dan satu lagi stesen swasta. Jika perlawanan separuh akhir antara Malaysia dan Laos 14 Disember lalu hanya disiarkan oleh RTM menerusi TV2, perlawanan akhir petang ini pula turut akan disiarkan secara langsung menerusi TV3. Jadi terpulang kepada peminat bola sepak tanah air ... Full story

Ganjaran buat pemain Malaysia jika menang emas Sukan SEA

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) menjanjikan ganjaran kepada skuad bawah 23 tahun kebangsaan jika berjaya menewaskan Vietnam pada perlawanan akhir acara bola sepak lelaki untuk membawa pulang pingat emas pada Sukan SEA di Laos yang dijadual Khamis ini. Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad berkata perkara itu telah dititahkan presiden badan induk bola sepak kebangsaan, Sultan Ahmad Shah kepadanya semalam. "Malah kejayaan mereka berjaya ke satu tahap ... Full story

Final Sukan SEA 2009 Malaysia-Vietnam LIVE di TV2

UPDATE: TV3 juga akan menyiarkan siaran langsung perlawanan akhir Sukan SEA 2009 Malaysia-Vietnam, petang ini. RTM mengesahkan akan menyiarkan secara langsung perlawanan akhir acara bola sepak Sukan SEA antara Malaysia menentang Vietnam. Para peminat bola sepak di tanah air boleh mengikuti Siaran langsung tersebut menerusi TV2 mulai jam 5.55 petang, 17 Disember (Khamis) ini. Demikian menurut laporan Berita Nasional jam 8 malam ini.... Full story

Detik ke Final Sukan SEA 2009

MALAYSIA hanya selangkah untuk menamatkan kemarau 20 tahun pingat emas acara bola sepak Sukan SEA. Pada aksi separuh akhir di Stadium Utama, Kompleks Sukan Nasional di Vientiane malam tadi, dua jaringan Badrol Bakhtiar dan satu jaringan Safiq Rahim membolehkan Malaysia menundukkan tuan rumah, Laos 3-1 untuk menempah tiket ke perlawanan akhir Khamis ini. Mereka bakal berdepan Vietnam setelah juara Kumpulan A itu mudah menewaskan Singapura 4-1 ... Full story

Sukan SEA: Impian emas skuad bola sepak Malaysia

SELEPAS menewaskan Laos 3-1 di separuh akhir, malam tadi, Malaysia berpeluang menamatkan kemarau pingat emas 20 tahun acara bola sepak apabila mara ke final untuk bertemu Vietnam, Khamis ini (17 Disember). Vietnam yang menewaskan Malaysia 3-1 pada peringkat kumpulan membenam Singapura, 4-1 dalam satu lagi aksi separuh akhir. Dua jaringan Badrol Bakhtiar pada minit ke-14 dan 80 serta gol Safiq Rahim minit ke-85 menemukan semula Malaysia dengan ... Full story
Page 1 of 212»
Copyright © 2010 Berita Bola Terkini. All rights reserved. Powered by Sokernet Team: Sokernet.com | Liga Malaysia | Berita EPL and Piala Dunia 2010.