Archive for the ‘Liga Perdana’ Category

Felda United kenduri sakan

FATRURAZI Rozi menjulang Felda United mencipta kemenangan terbesar dalam Liga Perdana dengan empat golnya membantu pendahulu liga itu bangkit daripada kekecewaan pertama musim lalu apabila mengatasi Majlis Perbandaran Muar 10-0 di Stadium Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA) di Cheras, malam tadi. Felda yang buat kali pertama merasakan keperitan kekalahan Jumaat lalu kepada Tentera, menjadikan MP Muar mangsa amukan dengan mendahului 4-0 pada babak pertama. PKNS yang ... Full story

Cengkaman Felda United mulai longgar

CENGKAMAN Felda United dalam saingan Liga Perdana mulai longgar apabila tumbang buat kali pertama musim ini, tewas 0-1 kepada Tentera (ATM) di Stadium Selayang malam tadi untuk membuka ruang buat pencabar terdekatnya, PKNS kembali memberi tekanan. Kemenangan ATM yang tidak disangka-sangka itu membolehkan mereka kini berada satu mata mengekori PKNS di tangga kedua. Dengan PKNS tidak beraksi semalam, perlawanan Sarawak dan Melaka mencuri tumpuan dengan lapan gol ... Full story

Melaka gagal pertahan kedudukan, PKNS rampas takhta

FELDA United mencatat kemenangan pertama dalam saingan Liga Perdana apabila menewaskan Sarawak 4-1 di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras malam tadi. Pemain yang berasal dari Kelantan, Fatrurazi Rozi meledakkan dua gol awal pada minit ke-10 dan ke-20. Munir Amran dan Abdul Ghani Abdul Rahman kemudian menambah jaringan pada minit ke-37 dan 43 untuk Felda United mendahului 4-0 pada babak pertama. Sarawak pula memperoleh gol tunggal menerusi ... Full story

Melaka garang, Sabah dan Sarawak sekadar seri

PERMULAAN baik buat Melaka pada perlawanan pembukaan Liga Perdana musim ini apabila mencatat kemenangan bergaya ke atas Shahzan Muda di Stadium Hang Tuah malam tadi. Beraksi di depan penyokong sendiri Melaka menundukkan kelab dari Pahang itu 3-0 dengan aksi garang pemain tengah, Zulindra Shah Putra Adam menyumbat gol pertama Melaka menerusi sepakan percuma pada minit ke-35. Selepas perlawanan bersambung, tuan rumah tidak melepaskan dua peluang terhidang menerusi ... Full story

Liga Malaysia 2010 bermula 9 Januari

LIGA Malaysia bagi musim depan akan membuka tirainya pada hari Sabtu, 9 Januari 2010 dengan perlawanan Piala Sumbangsih antara juara Piala Malaysia 2009, Negeri Sembilan dengan pemenang Piala FA, Selangor di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi. Pada tarikh itu juga perlawanan-perlawanan lain bagi Liga Super turut bermula. Manakala bagi saingan Liga Perdana pula, aksi pembukaan adalah pada hari Isnin, 11 Januari 2010. Sementara itu, saingan Piala FA dijadualkan ... Full story
Copyright © 2010 Berita Bola Terkini. All rights reserved. Powered by Sokernet Team: Sokernet.com | Liga Malaysia | Berita EPL and Piala Dunia 2010.