MU baham Wolves, kongsi kedudukan dengan Chelsea
- Wednesday, December 16, 2009, 9:56
- Liga Perdana Inggeris, Manchester United
- 1,840 views
- Add a comment
MANCHESTER United menewaskan Wolverhampton Wanderers 3-0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Old Trafford, awal pagi tadi, sekali gus berkongsi mata dengan pendahulu liga, Chelsea. (Lihat Carta EPL Terkini)
Bagaimanapun, Chelsea masih menduduki tempat teratas liga kerana perbezaan jaringan gol dan mempunyai kelebihan satu perlawanan apabila bertemu Portsmouth, awal pagi esok.
United yang ditewaskan Aston Villa hujung minggu lalu, membuka tirai jaringan menerusi penyerang England, Wayne Rooney. Gol itu diperoleh Rooney hasil tendangan kencang di dalam kotak penalti pada minit ke-30 selepas menerima hantaran sepakan sudut Darron Gibson.
Nemanja Vidic menambah derita Wolves beberapa minit sebelum babak pertama tamat menerusi tandukan. Tendangan jarak jauh Antonio Valencia pada minit ke-66 menutup tirai kemenangan selesa United, dengan Wolves pila kini memasuki zon penyingkiran daripada liga perdana.
Kemenangan itu menyaksikan rekod kemenangan ke-900 United sejak dibimbing pengurus, Alex Ferguson.
“Wolves mulanya membuat kami terpaksa bekerja keras meskipun perlawanan ini menurunkan barisan kedua mereka. Kami mengambil masa untuk menemui rentak permainan dan jaringan awal nyata memberi keselesaan kepada kami,” kata Ferguson.
About the Author
Write a Comment
Gravatars are small images that can show your personality. You can get your gravatar for free today!