- Monday, April 26, 2010, 13:14
- Liga Super
- 29 views
SELEPAS permulaan goyah pada awal musim, Kelantan sudah menemui rentak yang dicari-cari dengan meledakkan tiga gol dalam tiga perlawanan berturut-turut sejak Liga Super kembali bersambung.
Terbaru, KL Plus menjadi mangsa amukan The Red Warriors apabila tewas 3-0 di Stadium MBPJ yang dibanjiri lautan merah kelmarin, mengiringi kejayaan 3-0 ke atas KL di laman sendiri dan kemenangan 3-1 ke atas juara Piala FA, Negeri Sembilan di gelanggang ...
Full story
- Wednesday, April 21, 2010, 0:58
- Liga Super
- 82 views
JOHOR FC yang menduduki tangga kedua Liga Super gagal merapatkan jurang mata dengan pendahulu liga, Selangor apabila tewas 1-0 kepada T-Team di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu malam tadi.
Jaringan tunggal Abdul Hadi Yahya pada minit ke-42 itu menyebabkan Johor FC tidak berganjak dengan 22 mata secara keseluruhan manakala Selangor kekal selaku pendahulu dengan 26 mata.
Kekalahan itu juga menyebabkan Johor FC jatuh ke tangga ...
Full story
- Tuesday, April 20, 2010, 17:45
- Liga Super
- 36 views
REPUTASI juara Piala FA, Negeri Sembilan telah pun dicalar oleh Kelantan. Baru sahaja mendakap Piala FA seminggu lalu, keegoan Negeri Sembilan akhirnya runtuh apabila Kelantan berjaya membalas dendam dengan kemenangan 3-1.
Sama seperti ulangan perlawanan akhir Piala Malaysia musim lalu, tetapi kali ini keputusan akhir berpihak kepada The Red Warriors.
Malam ini, giliran Kelantan meneruskan rentak kecemerlangan memburu kemenangan keenam dalam aksi liga. Lawan yang menanti, skuad ...
Full story
- Monday, January 25, 2010, 13:08
- Liga Super
- 227 views
SELEPAS hanya menang sekali dalam empat perlawanan awal, Kelantan mula menunjukkan taring sebenar pasukan itu apabila membelasah Johor FC 4-1 dalam aksi menghiburkan di Stadium Sultan Mohd Ke-IV, malam semalam.
Anak buah B Sathianathan bagaikan melepaskan geram selepas tewas buat pertama kali musim ini kepada Kedah Selasa lalu sekali gus kembali menarik kepercayaan peminat setia The Red Warriors.
Empat gol sumbangan Norshahrul Idhan Talaha, Aziz Mat Rose, ...
Full story
- Wednesday, January 20, 2010, 2:46
- Liga Super
- 260 views
KELANTAN gagal mengekalkan rekod tanpa kalah dalam saingan Liga Super apabila tewas 0-1 di gelanggang sendiri kepada Kedah, malam tadi.
Gol tunggal Kedah dijaringkan oleh penjaring terbanyak Liga Super, Azlan Ismail di hujung babak pertama hasil kesilapan mudah penjaga gawang tuan rumah, Syed Adney Syed Hussein.
Kekalahan ini menyebabkan Kelantan jatuh ke tangga ketujuh liga, manakala Kedah mengambil alih tempat Kelantan di tangga kelima.
pada perlawanan lain, Selangor ...
Full story
- Saturday, January 16, 2010, 23:53
- Liga Super
- 279 views
SELANGOR terus selesa mendahului tangga teratas Liga SUper apabila mencatat kemenangan ketiga berturut-turut, sekali pun sekadar menang tipis 1-0 ke atas KL Plus, manakala Kelantan pula tercicir dua mata selepas diikat dengan keputusan seri tanpa jaringan di Kangar.
Terengganu merampas kedudukan Kelantan selepas menewaskan Pulau Pinang 4-0 di gelanggang sendiri, manakala Johor terus berputih mata apabila melepaskan dua gol pada masa tambahan untuk membolehkan lawannya, Perak ...
Full story
- Saturday, January 16, 2010, 11:12
- Liga Super
- 258 views
KELANTAN hanya menumpukan untuk membawa pulang tiga mata penuh dari Kangar pada aksi menentang Perlis malam ini.
Bagaimanapun, pengendali Kelantan, B Sathianathan tetap berhati-hati kerana Perlis kini sudah mendapat semangat baru selepas menewaskan Kedah di Alor Setar, Selasa lalu.
Tanpa berselindung, bekas jurulatih kebangsaan ini percaya perlawanan malam ini pastinya sengit dan Kelantan tidak berdepan laluan mudah untuk menundukkan Singa Utara itu.
"Mungkin kita pernah menewaskan mereka pada ...
Full story
- Friday, January 15, 2010, 20:22
- Video
- 171 views
Liga Super 13 Januari 2010 Matchday #2
Full story
- Wednesday, January 13, 2010, 23:35
- Liga Super
- 361 views
KELANTAN naik ke tangga kedua carta Liga Super selepas membelasah Johor di Stadium Sultan Mohd Ke-IV Kota Bharu, malam ini. Nasib Kedah pula nyata berbeza apabila tunduk 0-1 kepada jiran utara, Perlis di halaman sendiri, walau pun lawan terpaksa beraksi dengan 10 pemain.
Di KOTA BHARU, skuad Kelantan mempamerkan persembahan bertenaga dengan membelasah Johor 3-0, tiga selepas keputusan seri tanpa jaringan dengan Terengganu. ...
Full story
- Saturday, January 9, 2010, 23:58
- Liga Super
- 253 views
Juara treble Liga Malaysia 2007 dan 2008, Kedah memulakan saingan Liga Super 2010 dengan kejayaan cemerlang selepas membenam Johor 3-0 di tempat lawan, sekali gus mengungguli carta Liga Super pada hari pertama saingan Liga Malaysia 2010.
Manakala di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, KL Plus berjaya menjinakkan Pulau Pinang 3-1, selepas ketinggalan 0-1 selepas dua minit perlawanan bermula.
Nasib malang menimpa Perlis apabila tewas 0-1 kepada Johor ...
Full story