Archive for the ‘Liga Super’ Category

Page 1 of 3123»

Kelantan mula tunjuk garang

SELEPAS permulaan goyah pada awal musim, Kelantan sudah menemui rentak yang dicari-cari dengan meledakkan tiga gol dalam tiga perlawanan berturut-turut sejak Liga Super kembali bersambung. Terbaru, KL Plus menjadi mangsa amukan The Red Warriors apabila tewas 3-0 di Stadium MBPJ yang dibanjiri lautan merah kelmarin, mengiringi kejayaan 3-0 ke atas KL di laman sendiri dan kemenangan 3-1 ke atas juara Piala FA, Negeri Sembilan di gelanggang ... Full story

Selangor, Terengganu terus unggul

SELANGOR mengukuhkan kedudukan di tangga teratas Liga Super selepas mengalahkan T-Team 3-0 di Stadium Shah Alam, semalam sekali gus melupakan seketika kekecewaan tersingkir daripada saingan Piala AFC. Safee Sali muncul wira buat skuad bimbingan K Devan apabila menyumbat dua gol pada minit ke-43 dan 51, sebelum itu Bunyamin Umar telah meletakkan Selangor di depan melalui jaringan minit ke-34. Kemenangan Selangor itu membolehkan mereka memiliki kelebihan tiga ke ... Full story

NS akhirnya tamat badi kekalahan

NEGERI Sembilan akhirnya menamatkan badi kekalahan selepas bergelar juara Piala FA musim ini, apabila mengutip mata penuh dengan kemenangan 4-0 ke atas Pulau Pinang di Stadium Tuaku Abdul Rahman di Paroi dalam saingan Liga Super, malam tadi. Kejayaan itu mengakhiri rentetan dua kekalahan berturut-turut sebelum ini, 3-1 di tangan Kelantan dan 2-1 kepada Perak. Begitupun, perlawanan yang berlangsung di atas padang becak membantutkan gerakan kedua-dua pasukan sepanjang ... Full story

Johor FC tewas, N.Sembilan terus merana

JOHOR FC yang menduduki tangga kedua Liga Super gagal merapatkan jurang mata dengan pendahulu liga, Selangor apabila tewas 1-0 kepada T-Team di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu malam tadi. Jaringan tunggal Abdul Hadi Yahya pada minit ke-42 itu menyebabkan Johor FC tidak berganjak dengan 22 mata secara keseluruhan manakala Selangor kekal selaku pendahulu dengan 26 mata. Kekalahan itu juga menyebabkan Johor FC jatuh ke tangga ... Full story

Sathia: Silap jika anggap KL lawan mudah

REPUTASI juara Piala FA, Negeri Sembilan telah pun dicalar oleh Kelantan. Baru sahaja mendakap Piala FA seminggu lalu, keegoan Negeri Sembilan akhirnya runtuh apabila Kelantan berjaya membalas dendam dengan kemenangan 3-1. Sama seperti ulangan perlawanan akhir Piala Malaysia musim lalu, tetapi kali ini keputusan akhir berpihak kepada The Red Warriors. Malam ini, giliran Kelantan meneruskan rentak kecemerlangan memburu kemenangan keenam dalam aksi liga. Lawan yang menanti, skuad ... Full story

Juara Piala FA tumbang di Paroi

HANYA seminggu selepas mendakap Piala FA, Negeri Sembilan diaibkan dengan kekalahan 1-3 kepada Kelantan dalam saingan Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, malam tadi. Jaringan Kelantan dihasilkan Indra Putra Mahayuddin menerusi gerakan cantik minit ke-29, sebelum Mohd Daudsu Jamaluddin menambah gol kedua dan Badhri Radzi melengkapkan jaringan ketiga skuad Red Warriors. Di Stadium JCorp, Johor FC naik ke tangga kedua liga dengan 22 mata, empat ... Full story

Terengganu enggan tercicir mata di Pasir Gudang

DENGAN persaingan Liga Super kian hangat, Terengganu kini tidak boleh keciciran sebarang mata andai mahu terus menghambat Selangor di kemuncak liga. Terengganu ketika ini ketinggalan dari segi mata, namun memiliki kelebihan dua perlawanan dalam tangan selepas pendahulu liga, Selangor beraksi menentang Perak, malam tadi. Dan jurang itu mampu dirapatkan kembali apabila bertemu Johor FC di tempat lawan malam ini manakala kegagalan akan memberikan lawan itu kesempatan untuk ... Full story

Selangor makin dicemburui lawan

SELANGOR bangkit daripada ketinggalan satu gol untuk meraih kemenangan 4-1 ke atas Perak, dalam saingan Liga Super yang disambung semula di Stadium Shah Alam, malam tadi. Kemenangan bergaya itu mengukuhkan kedudukan pasukan Red Giants di tangga teratas carta Liga Super di samping menjarakkan diri di depan pencabar terdekatnya, Terengganu yang tidak beraksi malam tadi. Dengan Terengganu dan pasukan elit lain hanya akan beraksi malam ini, tiga mata ... Full story

Kelantan mula tunjuk taring

SELEPAS hanya menang sekali dalam empat perlawanan awal, Kelantan mula menunjukkan taring sebenar pasukan itu apabila membelasah Johor FC 4-1 dalam aksi menghiburkan di Stadium Sultan Mohd Ke-IV, malam semalam. Anak buah B Sathianathan bagaikan melepaskan geram selepas tewas buat pertama kali musim ini kepada Kedah Selasa lalu sekali gus kembali menarik kepercayaan peminat setia The Red Warriors. Empat gol sumbangan Norshahrul Idhan Talaha, Aziz Mat Rose, ... Full story

Kejayaan tumpaskan Selangor permainan terbaik Terengganu

SELANGOR yang dianggap kebal selepas menang semua perlawanan sebelum ini tersungkur di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah Kuala Terengganu kelmarin angkara anak buah Irfan Bakti yang menunjukkan kesungguhan mereka untuk menghukum pasukan pelawat itu. Skuad Penyu berjaya mengotakan janji mereka kepada peminat mereka yang sentiasa memenuhi stadium dalam setiap perlawanan membabitkan pasukan kesayangan mereka itu. Bagi Irfan, kemenangan besar ke atas Selangor di tempat sendiri malam kelmarin ... Full story
Page 1 of 3123»
Copyright © 2010 Berita Bola Terkini. All rights reserved. Powered by Sokernet Team: Sokernet.com | Liga Malaysia | Berita EPL and Piala Dunia 2010.