Selangor juara Piala Sumbangsih, tewaskan N.Sembilan 2-1

JUARA Liga Super dan Piala FA 2009, Selangor memulakan Liga Malaysia musim 2010 dengan langkah kanan apabila berjaya mengatasi Negeri Sembilan 2-1 dalam aksi Piala Sumbangsih malam ini, sekali gus membawa pulang tiga mata penuh untuk pasukan kendalian K Devan itu.

Bagaimanapun, Negeri Sembilan terlebih dahulu membuka jaringan dan menggamatkan kira-kira 25,000 penonton selepas Idris Karim menanduk masuk bola hasil sepakan percuma ketua pasukan, Rezal Zambery Yahya untuk menewaskan penjaga gol Selangor, Hamsani Ahmad pada minit ke-27.

Selepas rehat, pasukan “The Red Giant” bimbingan K Devan bangkit memberi asakan bertalu-talu dan berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-76 menerusi Safee Sali.

Selangor memperoleh gol kemenangan pada minit ke-83 apabila Surendren bijak menolak masuk bola hantaran lintang Safee.

Jadual & Keputusan Penuh Liga Super 2010
Carta Terkini Liga Super & Liga Perdana 2010

About the Author

Sokernet has written 145 stories on this site.

Write a Comment

Gravatars are small images that can show your personality. You can get your gravatar for free today!

Copyright © 2010 Berita Bola Terkini. All rights reserved. Powered by Sokernet Team: Sokernet.com | Liga Malaysia | Berita EPL and Piala Dunia 2010.