Kedah, KL Plus menang bergaya, Perlis tumpas di Kangar
- Saturday, January 9, 2010, 23:58
- Liga Super
- 153 views
- Add a comment
Juara treble Liga Malaysia 2007 dan 2008, Kedah memulakan saingan Liga Super 2010 dengan kejayaan cemerlang selepas membenam Johor 3-0 di tempat lawan, sekali gus mengungguli carta Liga Super pada hari pertama saingan Liga Malaysia 2010.
Manakala di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, KL Plus berjaya menjinakkan Pulau Pinang 3-1, selepas ketinggalan 0-1 selepas dua minit perlawanan bermula.
Nasib malang menimpa Perlis apabila tewas 0-1 kepada Johor FC di Stadium Utama Kangar dalam saingan yang turut berlangsung malam ini.
Naib juara Piala Malaysia 2009, Kelantan pula terikat tanpa jaringan dengan Terengganu di Kuala Terengganu untuk sekadar berpuas hati berkongsi mata dengan pasukan tuan rumah.
Jadual & Keputusan Penuh Liga Super 2010
Carta Terkini Liga Super & Liga Perdana 2010
About the Author
Write a Comment
Gravatars are small images that can show your personality. You can get your gravatar for free today!