Archive for the ‘Piala Afrika’ Category

Mali bangkit ikat Angola selepas ketinggalan 0-4

MALI mempamer kebangkitan luar biasa dengan menjaringkan empat gol ketika perlawanan berbaki 11 minit untuk mengikat Angola 4-4 dalam aksi pembukaan Piala Negara Afrika 2010, awal pagi tadi. Selepas dibayangi insiden serangan, perlawanan pembuka tirai Piala Negara Afrika sebaliknya rancak dengan Mali bangkit untuk mencatat keputusan seri 4-4 dengan tuan rumah dalam saingan Kumpulan A di Luanda. Angola melakukan asakan awal untuk mendahului 2-0 pada separuh masa ... Full story

FIFA yakin keupayaan Afrika Selatan anjur Piala Dunia

PRESIDEN Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Sepp Blatter berkata bahawa dia yakin terhadap Afrika dan keupayaan benua itu untuk menganjurkan Piala Dunia 2010 di sebalik serangan ke atas bas pasukan Togo menjelang pusingan akhir Piala Negara-Negara Afrika di Angola. Dua anggota skuad bola sepak Togo mati dibunuh, kelmarin dalam serang hendap yang menyaksikan bas mereka dibedil dalam perjalanan ke kejohanan Afrika itu yang bermula, semalam. Pemandu bas ... Full story

Eto’o sasar cipta rekod penjaring terbanyak

PENYERANG Cameroon, Samuel Eto’o berharap untuk memecah rekod jaringan individu Piala Negara-Negara Afrika, iaitu sembilan gol apabila kempen kejohanan bermula di Angola, minggu depan. Rekod tersebut dilakukan pemain Zaire (kini dikenali sebagai Republik Congo), Mulamba Ndaye pada 1974, dan hampir didekati pemain Mesir, Hossam Hassan serta Benni MacCarthy dari Afrika Selatan dengan menjaringkan tujuh gol, 12 tahun lalu. “Objektif utama saya adalah untuk menjaringkan gol terbanyak dalam ... Full story

Seorang maut, 4 cedera bas bawa pemain Togo diserang

SEORANG terbunuh manakala empat yang lain cedera apabila sebuah bas membawa pemain bola sepak Togo yang berada di Angola untuk menghadapi kejohanan Piala Negara Afrika diserang dengan mesingan, menurut laporan televisyen Infosport Perancis hari ini. Saluran sukan itu berkata, bas itu diserang ketika pasukan itu melalui daerah Cabinda yang bersempadan dengan Congo. “Pemandu bas itu terbunuh manakala dua pemain bola dan dua anggota perubatan mengalami kecederaan,” menurut ... Full story
Copyright © 2010 Berita Bola Terkini. All rights reserved. Powered by Sokernet Team: Sokernet.com | Liga Malaysia | Berita EPL and Piala Dunia 2010.