Archive for the ‘Liga Juara Eropah’ Category

Page 1 of 3123»

Arjen Robben wira Bayern singkir MU

PENGURUS Bayern Munich, Louis van Gaal memuji Arjen Robben berikutan memperoleh gol berharga bagi kelab itu menyingkirkan Manchester United dan layak ke separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah, awal pagi tadi. Bagaimanapun, rakan sejawatnya, Alex Ferguson berang tindakan pengadil melayangkan kad merah kepada Rafael sehingga membawa punca kekalahan pasukannya dengan agregat 4-4 menerusi kelebihan gol Bayern di tempat lawan. Gol sepakan "roket" Robben pada separuh masa kedua menjadikan ... Full story

Lyon iringi Inter Milan, Barcelona, Bayern Munich

PENDAHULU liga Perancis, Olympique Lyon mencatat sejarah apabila layak ke separuh akhir dengan menyingkirkan musuh terdekat, Bordeaux meskipun tewas 1-0 pada perlawanan kedua suku akhir di tempat lawan, awal pagi tadi. Lyon layak dengan keputusan agregat 3-2 selepas menang 3-1 di Lyon pada perlawanan pertama suku akhir, sebelum ini. Pada perlawanan pagi tadi, Bordeaux yang menjadi juara liga Perancis musim lalu, gagal mencari lebih banyak gol untuk ... Full story

Manchester United tersingkir

JUARA 2008 dan finalis musim lalu, Manchester United tersingkir dari saingan Liga Juara-Juara Eropah apabila tewas kepada kelab Jerman, Bayern Munich menerusi jaringan tempat lawan pada aksi suku akhir kedua di Old Trafford. Gol Arjen Robben pada minit ke-74 menjadi pemusnah bagi membolehkan Bayern Munich layak ke separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah meskipun tewas 3-2 pada perlawanan kedua suku akhir kepada Manchester United, awal pagi tadi. Gol ... Full story

‘Magic’ Messi buat Arsenal putih mata

PENGURUS Arsenal, Arsene Wenger menyifatkan empat gol yang dijaringkan oleh Lionel Messi, ketika Barcelona meleburkan harapan pasukannya ke separuh akhir Liga Juara-Juara, sesuatu yang hanya berlaku dalam permainan komputer. Selepas seri 2-2 di Emirates, Nicklas Bendtner meletakan Gunners mendahului secara agregat, sebelum gerakan solo ajaib Messi, yang pertama kali menjaringkan empat gol - pemain keenam dalam sejarah Liga Juara-Juara, namun yang pertama selepas Andrei Shevchenko lima ... Full story

Barcelona terlalu handal buat Arsenal

LIONEL Messi mempamerkan satu lagi fenomena luar biasa untuk mengukuhkan namanya sebagai pemain terbaik, malah dalam laluan yang betul untuk bergelar pemain terhebat sepanjang zaman. Penyerang Argentina itu menjaringkan semua empat gol Barcelona ketika membelasah Arsenal 4-1, kelmarin mendorong juara bertahan itu ke separuh akhir Liga Juara-Juara buat kali ketiga berturut-turut. Messi muncul pemain pertama yang menjaringkan empat gol pertandingan ini, menyamai Rivaldo sebagai penjaring utama kelab ... Full story

Inter Milan mara ke separuh akhir

JUARA Itali, Inter Milan kini membuang rasa rendah diri dalam kempen Liga Juara-Juara dan kini mengimpikan kejuaraan Eropah itu, kata jurulatihnya Jose Mourinho. Pengendali Inter berusia 47 tahun itu membuat kenyataan tersebut selepas jaringan Wesley Sneijder, menerusi sepakan bebas, membolehkan kelab Itali itu menumpaskan kelab Rusia, CSKA Moscow 1-0, awal pagi semalam. Kemenangan pada suku akhir kedua itu, menyaksikan Inter mara dengan agregat 2-0. Ia merupakan kejayaan kali ... Full story

Chelsea, Man U diundi lawan sukar, Real Madrid jumpa Lyon

BARCELONA dijangka tidak berdepan masalah untuk mara ke suku akhir Liga Juara-Juara Eropah apabila juara bertahan itu diundi menentang kelab bermasalah dari Jerman, Stuttgart di pusingan kedua yang dijadualkan Februari tahun depan. Bagaimanapun finalis musim lalu, Manchester United berdepan laluan sukar selepas diundi menentang kelab gergasi Itali, AC Milan yang dijangka akan membariskan bekas bintang sensasi mereka, David Beckham. Satu lagi kelab England, Chelsea turut tidak bernasib ... Full story

Undian pusingan kedua Liga Juara-Juara Eropah 2009/10

KURANG sejam dari sekarang, nasib 16 kelab elit yang masih bersaing dalam kejohanan Liga Juara-Juara Eropah bakal ditentukan apabila undian pusingan kedua dilakukan bertempat di ibu pejabat UEFA di Nyon, Switzerland. Kelab-kelab terbabit iaitu masing-masing tiga dari England (Chelsea, Manchester United dan Arsenal), Sepanyol (Barcelona, Real Madrid dan Sevilla) dan Itali (Inter Milan, Fiorentina dan AC Milan). Tujuh lagi kelab ialah dua dari Jerman (Bayern Munich dan ... Full story

Barisan muda Arsenal pamer watak juara

ARSENE Wenger percaya barisan muda Arsenal bakal digeruni lawan selepas menyaksikan anak buahnya membelasah AZ Alkmaar 4-1 sekali gus semakin hampir untuk layak ke peringkat kalah mati Liga Juara-Juara Eropah. Selepas dikatakan bakal mengharungi musim suram akibat penjualan Emmanuel Adebayor dan Kolo Toure kepada Manchester City, skuad bimbingan Wenger itu kini kelihatan semakin bertenaga untuk menamatkan kemarau empat musim tanpa sebarang gelaran. Barisan The Gunners mengetepikan kelab ... Full story

Barcelona gagal tundukkan Rubin Kazan

JUARA Russia, Rubin Kazan mempamerkan kekentalan pertahanan apabila berjaya mengikat gergasi Sepanyol, Barcelona 0-0 dalam aksi peringkat kumpulan Liga Juara-juara Eropah, awal pagi semalam (Khamis). Keputusan seri itu bermakna Kazan kini terikat lima mata dengan Barcelona untuk menghuni kedudukan kedua Kumpulan F, punya kelebihan untuk ke saingan kalah mati berbanding kelab Catalan yang tewas 1-2 kepada Kazan di Nou Camp, dua minggu lalu. Gergasi bola sepak Itali, ... Full story
Page 1 of 3123»
Copyright © 2010 Berita Bola Terkini. All rights reserved.
Powered by Sokernet.com, Berita Bola Terkini and Info Bola Sepak Teams.