- Monday, April 26, 2010, 12:48
- Chelsea, Liga Perdana Inggeris
- 18 views
SALOMON Kalou menggegar gawang tiga kali manakala Frank Lampard menyumbat dua gol ketika membantu Chelsea membelasah Stoke City 7-0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Stamford Bridge awal pagi tadi.
Kemenangan mutlak itu sekali gus membolehkan The Blues kembali menerajui carta liga selepas 24 jam diambil alih Manchester United yang menang 3-1 ke atas Tottenham pada perlawanan hari Sabtu.
Kejayaan itu juga memberi kelebihan satu mata buat ...
Full story
- Monday, April 26, 2010, 13:08
- Aston Villa, Liga Perdana Inggeris
- 10 views
JAMES Milner menyalakan harapan Aston Villa untuk layak ke kancah Liga Juara-Juara Eropah, musim depan selepas menjaringkan gol tunggal menewaskan Birmingham City 1-0 dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), malam tadi.
Pemain tengah skuad England mengesahkan kemenangan itu menerusi sepakan penalti pada minit ke-83 selepas pemain Birmingham, Roger Johnson didakwa menjatuhkan penyerang tuan rumah, Gabriel Agbonlahor dalam kotak. Keputusan pengadil, Martin Atkinson dipertikaikan secara keras oleh ...
Full story
- Tuesday, April 20, 2010, 9:44
- Arsenal, Liga Perdana Inggeris
- 35 views
Pengurus Arsenal, Arsene Wenger mengkritik pasukannya yang hilang tumpuan pada 10 minit terakhir selepas menyerahkan pendahuluan dua gol dan tewas 3-2 kepada pasukan bergelut, Wigan.
Gunners kelihatan sudah mengatasi pasukan Roberto Martinez kelmarin selepas gol daripada Theo Walcott dan Mikael Silvestre memberikan mereka kelebihan selesa menjelang 10 minit terakhir di Stadium DW.
Tetapi Ben Watson merapatkan jurang dan Titus Bramble menghukum kesilapan penjaga gol Lukasz Fabianski sebelum ...
Full story
- Tuesday, April 20, 2010, 9:23
- Liga Perdana Inggeris, Liverpool
- 19 views
LIVERPPOL bernafas semula untuk memburu kedudukan empat tempat teratas Liga Perdana Inggeris apabila menundukkan West Ham 3-0, di Anfield awal pagi tadi.
Gol Liverpool diperoleh menerusi jaringan separuh masa pertama penyerang Yossi Benayoun dan David Ngog, manakala gol sendiri pada separuh masa kedua oleh Robert Green.
Liverpool bagaimanapun masih dipisahkan lima mata dengan Tottenham yang kini menduduki tempat keempat liga serta mempunyai kelebihan perbezaan satu lagi perlawanan.
Manchester ...
Full story
- Monday, April 19, 2010, 8:34
- Arsenal, Liga Perdana Inggeris, Wigan
- 42 views
PELUANG keemasan yang terbuka luas buat Arsenal untuk memburu gelaran Liga Perdana Inggeris selepas kekalahan Chelsea di tangan Tottenham hancur berkecai apabila The Gunners kalah mengejut 2-3 menerusi kebangkitan ajaib Wigan ketika mereka menjaringkan tiga gol dalam tempoh 10 minit terakhir perlawanan di Stadium DW malam tadi.
Dua jaringan awal sumbangan Theo Walcott dan Mikael Silvestre dilihat bakal menyaksikan dominasi Arsenal dalam perlawanan berkenaan, namun Ben ...
Full story
TOTTENHAM Hotspur membuka pintu persaingan kejuaraan Liga Perdana Inggeris apabila menumpaskan pendahulu liga, Chelsea 2-1. dalam pertemuan penuh dramatik, awal pagi tadi.
Gol kemenangan Spurs diperoleh menerusi Jermain Defoe dan Gareth Bale manakala Chelsea menerusi Frank Lampard. Kemenangan itu menyaksikan Chelsea kini hanya dipisahkan satu mata dengan pesaing terdekat, Manchester United dengan kedua-duanya masih mempunyai tiga perlawanan berbaki.
Untuk menjadikan keadaan lebih buruk kepada pasukan pelawat, Chelsea ...
Full story
JARINGAN Paul Scholes pada minit ke-93 masa kecederaan menghidupkan peluang Manchester United untuk mempertahankan kejuaraan Liga Perdana England selepas menundukkan Manchester City 1-0, dalam aksi sengit malam tadi.
Pemain veteran itu menyelamatkan United menerusi tandukan cantik dari jarak 12 meter selepas menerima umpanan Patrice Evra dari sebelah kiri ketika permainan hanya tinggal 18 saat untuk ditamatkan.
Jika kemenangan membantu United untuk terus memberi tekanan kepada pendahulu, Chelsea, ...
Full story
- Thursday, April 8, 2010, 7:47
- Arsenal, Liga Perdana Inggeris
- 52 views
ARSENE Wenger menggesa para pemainnya supaya segera melupakan kekecewaan, apabila tersingkir daripada saingan Liga Juara-Juara, semalam.
Pengurus Arsenal dari Perancis itu berharap supaya pengalaman pahit berkenaan segera dilupakan supaya mereka boleh memberi tumpuan penuh kepada saingan Liga Perdana England yang kini semakin sengit antara tiga kelab.
Arsenal tersingkir dari kejohanan berprestij kelab Eropah itu, pada peringkat suku akhir setelah tewas 1-4 di Barcelona.
Gunners turut dibelenggu masalah kecederaan ...
Full story
- Monday, January 11, 2010, 12:40
- Liga Perdana Inggeris, Manchester United
- 167 views
GELAGAT Sir Alex Ferguson, kelmarin sekadar memberi gambaran betapa dia mungkin terjebak sekali lagi dalam masalah dengan Persatuan Bola Sepak Inggeris (FA) selepas kecaman terbarunya ke atas pengadil.
Pengurus Manchester United itu berang dengan keputusan Mark Clattenburg menyingkirkan pemain tengah Scotland, Darren Fletcher pada saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) yang berkesudahan seri 1-1 ketika menentang Birmingham City di gelanggang lawan, kelmarin.
Ferguson baru-baru ini menjalani penggantungan dua ...
Full story
- Saturday, January 9, 2010, 8:51
- Liga Perdana Inggeris
- 157 views
KEADAAN cuaca yang bersalji di Britain menyebabkan beberapa perlawanan Liga Perdana England hujung minggu ini ditunda.
Perlawanan antara Hull City menentang pendahulu Liga Chelsea hari ini dan Liverpool bertemu Tottenham telah ditunda akibat cuaca teruk.
Terlebih dahulu perlawanan di antara Portsmouth bertemu Fulham, serta Burnley menentang Stoke City dan Sunderland melawan Bolton Wanderers juga terpaksa ditunda.
Sebelum ini perlawanan separuh akhir Piala Carling antara Manchester United dan Manchester ...
Full story