Kelantan baham Johor 3-0, Perlis kejutkan Kedah

KELANTAN naik ke tangga kedua carta Liga Super selepas membelasah Johor di Stadium Sultan Mohd Ke-IV Kota Bharu, malam ini. Nasib Kedah pula nyata berbeza apabila tunduk 0-1 kepada jiran utara, Perlis di halaman sendiri, walau pun lawan terpaksa beraksi dengan 10 pemain.

Di KOTA BHARU, skuad Kelantan mempamerkan persembahan bertenaga dengan membelasah Johor 3-0, tiga selepas keputusan seri tanpa jaringan dengan Terengganu. (lihat video)

Pasukan The Red Warriors kendalian jurulatih B Satianathan membuka tirai jaringan menerusi penyerangnya Akmal Rizal Ahmad Rakhli seawal minit kedua dan diikuti jaringan Mohd Badhri Mohd Radzi (minit ke-49) serta Indra Putra Mahayuddin (minit ke-57).

Di Stadium Darul Aman, ALOR SETAR, Kedah gagal menggunakan kelebihan bermain di halaman sendiri apabila tewas 0-1 kepada Perlis. Gol tunggal perlawanan itu dijaringkan oleh Mohd Azrul Ahmad pada minit ke-18. (lihat video)

Sementara di Stadium JCorp, PASIR GUDANG, perlawanan di antara Johor FC dengan Negeri Sembilan berkesudahan dengan keputusan seri 1-1.

Gol Johor FC dijaringkan oleh Wan Rohaimi Wan Ismail pada minit ke-75 manakala Negeri Sembilan menerusi sepakan Norizam Salaman (ke-83).

About the Author

Sokernet has written 145 stories on this site.

Write a Comment

Gravatars are small images that can show your personality. You can get your gravatar for free today!

Copyright © 2010 Berita Bola Terkini. All rights reserved.
Powered by Sokernet.com, Berita Bola Terkini and Info Bola Sepak Teams.