Terengganu ikat Selangor 1-1 di Shah Alam
- Wednesday, October 21, 2009, 5:05
- Piala Malaysia
- 423 views
- 6 comments
JUARA Liga Super, Selangor mensia-siakan peluang beraksi di gelanggang sendiri apabila hanya mampu seri 1-1 dengan Terengganu dalam aksi suku akhir pertama Piala Malaysia 2009 di Stadium Shah Alam, malam tadi.
Mohd Amri Yahyah menjaringkan gol pendahuluan buat Selangor selepas menampan hantaran lintang P Gunalan pada minit ke-21.
Bagaimanapun Terengganu hanya memerlukan dua minit selepas itu untuk menyamakan kedudukan menerusi sepakan percuma cantik Zairo Anuar Zalani dari jarak 40 meter. (lihat video)
Keputusan itu menyaksikan Selangor bakal berdepan tugas berat apabila bertandang ke Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah Kuala Terengganu, Sabtu ini.
Satu lagi pasukan tuan rumah, KL Plus juga diikat dengan keputusan seri 1-1 oleh Kelantan dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium KLFA Cheras.
Indra Putra Mahayuddin meletakkan Kelantan lebih dulu di depan pada minit ke-13 sebelum Fadzli Shaari menyamakan kedudukan buat KL Plus pada minit ke-30.
About the Author
6 Comments on “Terengganu ikat Selangor 1-1 di Shah Alam”
Write a Comment
Gravatars are small images that can show your personality. You can get your gravatar for free today!
peteh tganu peteh…go go go…
TERENGGANU = Bakal jadi juara Piala malaysia 2009
yolo ko…. lawang kelantang dulu la nak ambik piala pung.. tidok gitu kang ni…..
ganu peteh ganu.. piala malaysia akan jdi hok ganu
misi tumbangkan selangor…. yesssss..
peteh tganu peteh…..misi tumbangkan n.9 ari sabtu ni……….