Archive for the ‘Malaysia’ Category

Page 10 of 11« First...«7891011»

Keputusan suku akhir pertama Piala Malaysia

PERLIS dan Negeri Sembilan mempunyai kelebihan selesa buat bekalan timbal balik kedua saingan Suku Akhir kedua Piala Malaysia 2009 apabila menang ke atas lawan masing-masing malam ini. Manakala Kelantan dan Terengganu mengharapkan jaringan gol di tempat lawan bakal memberikan kelebihan apabila menanti lawan di gelanggang sendiri pada aksi timbal balik kedua, Sabtu ini. Negeri Sembilan menewaskan KM Naza 2-0 di tempat sendiri manakala Perlis menang 2-1 ke ... Full story

Lebah mahu sengat Singa Utara

Johor FC lwn Perlis (Stadium JCorp, Pasir Gudang) JURULATIH Johor FC, Ramlan Rashid optimistik betapa skuad bimbingannya mampu menterjemahkan saingan suku akhir pertama Piala Malaysia menentang Perlis di Stadium JCorp, Pasir Gudang, malam ini, dengan kemenangan. Beliau yang membimbing skuad itu beraksi pada aksi separuh akhir musim lalu sebelum tewas 2-1 secara agregat ... Full story

Kelantan tagih khidmat Khalid

KL Plus lwn Kelantan (Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras) PENGANTIN baru, Khalid Jamlus, boleh melupakan hasrat untuk berbulan madu lebih lama, kerana khidmatnya ditagih skuad Kelantan yang mahu menurunkan kesebelasan terkuat bagi menghadapi KL Plus pada saingan suku akhir pertama Piala Malaysia, malam ini. Penyerang utama skuad The Red Warrios itu hampir pasti ... Full story

Akmal tekad bawa KM Naza lebih jauh

Negeri Sembilan lwn KM Naza (Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi) UMPAMA mimpi indah, penyerang, Akmal Rizal Rakhli tidak mahukan perjalanan dalam kempen Piala Malaysia buat dirinya dan rakan sepasukan di Kuala Muda Naza berakhir di tangan Negeri Sembilan pada peringkat suku akhir. Selepas menjaringkan gol kemenangan pada detik-detik terakhir untuk ... Full story

N Sembilan mahu bekalan selesa

Negeri Sembilan lwn KM Naza (Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi) AYAM tambatan Negeri Sembilan, Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak (gambar), bukan sekadar mahu membantu pasukannya menang tapi mahukan kelebihan jaringan selesa dalam saingan suku akhir pertama Piala Malaysia menentang Kuala Muda Naza, di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, malam ini. Menurutnya, usaha mendapat bekalan yang selesa amat penting dalam memastikan misi mara ke saingan separuh akhir tidak ... Full story

Saingan suku akhir Piala Malaysia curi tumpuan

KEJAYAAN tiga pasukan berstatus kelab menyusup masuk dalam kelompok lapan pasukan terbaik saingan Piala Malaysia 2009 tentunya tidak boleh dipandang enteng oleh pasukan negeri. Ini kerana pasukan pilihan seperti Perak serta juara bertahan, Kedah gagal untuk melepasi halangan peringkat kumpulan dan tersingkir awal dari saingan kali ini. Dan, usah ... Full story

KL Plus tidak gentar hadapi Kelantan

WALAUPUN dilabel sebagai underdog, KL Plus tetap mengharapkan kemenangan apabila turun menentang Kelantan pada pusingan pertama suku akhir Piala Malaysia di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur di Cheras, esok. Pengurus pasukan, Husni Mohd Yusof berkata mereka akan memberi tentangan sebaik mungkin kepada Kelantan yang juga juga naib juara Piala FA musim ini.... Full story

K Devan pendekkan cuti Deepavali, fokus hadapi Terengganu

IA adalah sambutan Deepavali yang cukup bermakna buat K Devan sungguhpun terpaksa memendekkan cutinya untuk memberikan fokus kepada aksi suku akhir Piala Malaysia menentang Terengganu esok. Devan yang pulang ke kampungnya di Bahau dan Seremban di Negeri Sembilan bagi meraikan perayaan Pesta Cahaya itu kelmarin, mempunyai banyak perkara untuk dikongsikan bersama keluarga dan sanak saudaranya selepas kejayaan meraih tiga piala sehingga kini.... Full story

8 pasukan berentap suku akhir Piala Malaysia

(14 Okt 2009) - SELEPAS berakhir aksi peringkat kumpulan, lapan pasukan yang layak ke suku akhir saingan Piala Malaysia 2009 ialah KL Plus, Negeri Sembilan, Johor FC, Selangor, Kelantan, Perlis, Terengganu dan KM Naza. Juara bertahan, Kedah bagaimana pun gagal untuk melangkah ke peringkat lapan pasukan terakhir apabila gagal menjuarai kumpulan E atau sekurang-kurangnya muncul naib juara kumpulan terbaik.... Full story

Akmal Rizal bantu KM Naza mara suku akhir

(14 Okt 2009) - AKMAL Rizal Ahmad Rakhli menjadi wira Kuala Muda Naza apabila jaringan penaltinya enam minit sebelum tamat perlawanan membolehkan mereka mengatasi Selangor 3-2 di Stadium Darul Aman, malam tadi, sekali gus mengesahkan tempat di suku akhir Piala Malaysia. Sebelum itu, Akmal menafikan pendahuluan Selangor apabila jaringannya sejurus sebelum rehat membolehkan KM Naza mengikat lawan yang mendahului pada minit ke-36 hasil jaringan S Sritharan.... Full story
Page 10 of 11« First...«7891011»
Copyright © 2010 Berita Bola Terkini. All rights reserved. Powered by Sokernet Team: Sokernet.com | Liga Malaysia | Berita EPL and Piala Dunia 2010.