Posts Tagged ‘Perlis’

Page 1 of 3123»

Selangor, Terengganu terus unggul

SELANGOR mengukuhkan kedudukan di tangga teratas Liga Super selepas mengalahkan T-Team 3-0 di Stadium Shah Alam, semalam sekali gus melupakan seketika kekecewaan tersingkir daripada saingan Piala AFC. Safee Sali muncul wira buat skuad bimbingan K Devan apabila menyumbat dua gol pada minit ke-43 dan 51, sebelum itu Bunyamin Umar telah meletakkan Selangor di depan melalui jaringan minit ke-34. Kemenangan Selangor itu membolehkan mereka memiliki kelebihan tiga ke ... Full story

Selangor terus selesa, Perlis ikat Kelantan

SELANGOR terus selesa mendahului tangga teratas Liga SUper apabila mencatat kemenangan ketiga berturut-turut, sekali pun sekadar menang tipis 1-0 ke atas KL Plus, manakala Kelantan pula tercicir dua mata selepas diikat dengan keputusan seri tanpa jaringan di Kangar. Terengganu merampas kedudukan Kelantan selepas menewaskan Pulau Pinang 4-0 di gelanggang sendiri, manakala Johor terus berputih mata apabila melepaskan dua gol pada masa tambahan untuk membolehkan lawannya, Perak ... Full story

Kekebalan benteng sandaran Red Warriors

KELANTAN hanya menumpukan untuk membawa pulang tiga mata penuh dari Kangar pada aksi menentang Perlis malam ini. Bagaimanapun, pengendali Kelantan, B Sathianathan tetap berhati-hati kerana Perlis kini sudah mendapat semangat baru selepas menewaskan Kedah di Alor Setar, Selasa lalu. Tanpa berselindung, bekas jurulatih kebangsaan ini percaya perlawanan malam ini pastinya sengit dan Kelantan tidak berdepan laluan mudah untuk menundukkan Singa Utara itu. "Mungkin kita pernah menewaskan mereka pada ... Full story

Liga Super 2010: Kedah 0-1 Perlis

Liga Super 13 Januari 2010 Matchday #2 Full story

Kelantan baham Johor 3-0, Perlis kejutkan Kedah

KELANTAN naik ke tangga kedua carta Liga Super selepas membelasah Johor di Stadium Sultan Mohd Ke-IV Kota Bharu, malam ini. Nasib Kedah pula nyata berbeza apabila tunduk 0-1 kepada jiran utara, Perlis di halaman sendiri, walau pun lawan terpaksa beraksi dengan 10 pemain. Di KOTA BHARU, skuad Kelantan mempamerkan persembahan bertenaga dengan membelasah Johor 3-0, tiga selepas keputusan seri tanpa jaringan dengan Terengganu. ... Full story

Perlis mahu bangkit benam Kedah

WALAUPUN kecundang kepada Johor FC pada aksi pertama Liga Super, Sabtu lalu, jurulatih Perlis, Mohd Nidzam Adha Yusoff belum bersedia mengangkat bendera putih apabila bertandang ke Stadium Darulaman menentang Kedah, malam ini. Malah, bekas pengendali juara Liga Perdana, Kuala Muda Naza, musim lalu itu, tetap optimis dengan kesungguhan tinggi anak buahnya untuk bangkit dengan persembahan lebih bertenaga bagi memburu mata. Keyakinan itu mungkin bertitik tolak daripada beberapa ... Full story

Piala Emas Raja-Raja 2009 Final: Kedah vs Perlis 0-2

Final Piala Emas Raja-Raja 2009: Kedah 0-2 Perlis | Stadium Darulaman, Alor Setar, 28 Disember 2009. Full story

Kedah, KL Plus menang bergaya, Perlis tumpas di Kangar

Juara treble Liga Malaysia 2007 dan 2008, Kedah memulakan saingan Liga Super 2010 dengan kejayaan cemerlang selepas membenam Johor 3-0 di tempat lawan, sekali gus mengungguli carta Liga Super pada hari pertama saingan Liga Malaysia 2010. Manakala di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, KL Plus berjaya menjinakkan Pulau Pinang 3-1, selepas ketinggalan 0-1 selepas dua minit perlawanan bermula. Nasib malang menimpa Perlis apabila tewas 0-1 kepada Johor ... Full story

Aksi final dicemari insiden keganasan penonton

INSIDEN keganasan penyokong mencemari final Piala Emas Raja-Raja yang menyaksikan perlawanan dihentikan 10 minit sebelum Perlis dinobatkan sebagai juara baru apabila membenam Kedah 2-0 di Stadium Darulaman, Alor Setar, malam tadi. Perlawanan itu turut menyaksikan dua atau tiga pemain dibuang padang (laporan Berita Harian dua pemain manakala laporan Utusan Malaysia tiga pemain dilayang kad merah?), masing-masing penjaring gol pertama Perlis, Romdhi Zat Jamian pada minit ke-82 ... Full story

30,000 penonton penuhi stadium saksikan aksi final Perlis-Kedah

AKSI Final Piala Emas Raja-Raja antara Kedah dan Perlis yang berlangsung di Stadium Darulaman malam tadi mencatat senario baru bola sepak tempatan (selain Liga Malaysia dan Piala Malaysia) apabila disaksikan 30,000 penonton yang memenuhi segenap penjuru stadium. Perlawanan akhir berkenaan turut disaksikan Raja Muda Kedah, Tuanku Abdul Malik Mu'adzam Shah; Puteri Sultan Kedah, Tunku Datuk Seri Intan Safinaz Tuanku Abdul Halim; Menteri Besar Kedah, Datuk Seri ... Full story
Page 1 of 3123»
Copyright © 2010 Berita Bola Terkini. All rights reserved. Powered by Sokernet Team: Sokernet.com | Liga Malaysia | Berita EPL and Piala Dunia 2010.