- Monday, April 26, 2010, 13:14
- Liga Super
- 110 views
SELEPAS permulaan goyah pada awal musim, Kelantan sudah menemui rentak yang dicari-cari dengan meledakkan tiga gol dalam tiga perlawanan berturut-turut sejak Liga Super kembali bersambung.
Terbaru, KL Plus menjadi mangsa amukan The Red Warriors apabila tewas 3-0 di Stadium MBPJ yang dibanjiri lautan merah kelmarin, mengiringi kejayaan 3-0 ke atas KL di laman sendiri dan kemenangan 3-1 ke atas juara Piala FA, Negeri Sembilan di gelanggang ...
Full story
- Sunday, April 25, 2010, 7:26
- Liga Super
- 80 views
SELANGOR mengukuhkan kedudukan di tangga teratas Liga Super selepas mengalahkan T-Team 3-0 di Stadium Shah Alam, semalam sekali gus melupakan seketika kekecewaan tersingkir daripada saingan Piala AFC.
Safee Sali muncul wira buat skuad bimbingan K Devan apabila menyumbat dua gol pada minit ke-43 dan 51, sebelum itu Bunyamin Umar telah meletakkan Selangor di depan melalui jaringan minit ke-34.
Kemenangan Selangor itu membolehkan mereka memiliki kelebihan tiga ke ...
Full story
- Saturday, April 24, 2010, 5:44
- Liga Super
- 64 views
NEGERI Sembilan akhirnya menamatkan badi kekalahan selepas bergelar juara Piala FA musim ini, apabila mengutip mata penuh dengan kemenangan 4-0 ke atas Pulau Pinang di Stadium Tuaku Abdul Rahman di Paroi dalam saingan Liga Super, malam tadi.
Kejayaan itu mengakhiri rentetan dua kekalahan berturut-turut sebelum ini, 3-1 di tangan Kelantan dan 2-1 kepada Perak.
Begitupun, perlawanan yang berlangsung di atas padang becak membantutkan gerakan kedua-dua pasukan sepanjang ...
Full story
- Wednesday, April 21, 2010, 0:58
- Liga Super
- 100 views
JOHOR FC yang menduduki tangga kedua Liga Super gagal merapatkan jurang mata dengan pendahulu liga, Selangor apabila tewas 1-0 kepada T-Team di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu malam tadi.
Jaringan tunggal Abdul Hadi Yahya pada minit ke-42 itu menyebabkan Johor FC tidak berganjak dengan 22 mata secara keseluruhan manakala Selangor kekal selaku pendahulu dengan 26 mata.
Kekalahan itu juga menyebabkan Johor FC jatuh ke tangga ...
Full story
- Tuesday, April 20, 2010, 17:45
- Liga Super
- 55 views
REPUTASI juara Piala FA, Negeri Sembilan telah pun dicalar oleh Kelantan. Baru sahaja mendakap Piala FA seminggu lalu, keegoan Negeri Sembilan akhirnya runtuh apabila Kelantan berjaya membalas dendam dengan kemenangan 3-1.
Sama seperti ulangan perlawanan akhir Piala Malaysia musim lalu, tetapi kali ini keputusan akhir berpihak kepada The Red Warriors.
Malam ini, giliran Kelantan meneruskan rentak kecemerlangan memburu kemenangan keenam dalam aksi liga. Lawan yang menanti, skuad ...
Full story
- Tuesday, April 20, 2010, 10:11
- Liga Perdana
- 48 views
FATRURAZI Rozi menjulang Felda United mencipta kemenangan terbesar dalam Liga Perdana dengan empat golnya membantu pendahulu liga itu bangkit daripada kekecewaan pertama musim lalu apabila mengatasi Majlis Perbandaran Muar 10-0 di Stadium Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA) di Cheras, malam tadi.
Felda yang buat kali pertama merasakan keperitan kekalahan Jumaat lalu kepada Tentera, menjadikan MP Muar mangsa amukan dengan mendahului 4-0 pada babak pertama.
PKNS yang ...
Full story
- Sunday, April 18, 2010, 7:30
- Liga Super
- 169 views
HANYA seminggu selepas mendakap Piala FA, Negeri Sembilan diaibkan dengan kekalahan 1-3 kepada Kelantan dalam saingan Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, malam tadi.
Jaringan Kelantan dihasilkan Indra Putra Mahayuddin menerusi gerakan cantik minit ke-29, sebelum Mohd Daudsu Jamaluddin menambah gol kedua dan Badhri Radzi melengkapkan jaringan ketiga skuad Red Warriors.
Di Stadium JCorp, Johor FC naik ke tangga kedua liga dengan 22 mata, empat ...
Full story
- Saturday, April 17, 2010, 13:08
- Liga Super
- 68 views
DENGAN persaingan Liga Super kian hangat, Terengganu kini tidak boleh keciciran sebarang mata andai mahu terus menghambat Selangor di kemuncak liga.
Terengganu ketika ini ketinggalan dari segi mata, namun memiliki kelebihan dua perlawanan dalam tangan selepas pendahulu liga, Selangor beraksi menentang Perak, malam tadi.
Dan jurang itu mampu dirapatkan kembali apabila bertemu Johor FC di tempat lawan malam ini manakala kegagalan akan memberikan lawan itu kesempatan untuk ...
Full story
- Saturday, April 17, 2010, 8:33
- Liga Super
- 49 views
SELANGOR bangkit daripada ketinggalan satu gol untuk meraih kemenangan 4-1 ke atas Perak, dalam saingan Liga Super yang disambung semula di Stadium Shah Alam, malam tadi.
Kemenangan bergaya itu mengukuhkan kedudukan pasukan Red Giants di tangga teratas carta Liga Super di samping menjarakkan diri di depan pencabar terdekatnya, Terengganu yang tidak beraksi malam tadi.
Dengan Terengganu dan pasukan elit lain hanya akan beraksi malam ini, tiga mata ...
Full story
- Saturday, April 17, 2010, 8:19
- Liga Perdana
- 40 views
CENGKAMAN Felda United dalam saingan Liga Perdana mulai longgar apabila tumbang buat kali pertama musim ini, tewas 0-1 kepada Tentera (ATM) di Stadium Selayang malam tadi untuk membuka ruang buat pencabar terdekatnya, PKNS kembali memberi tekanan.
Kemenangan ATM yang tidak disangka-sangka itu membolehkan mereka kini berada satu mata mengekori PKNS di tangga kedua.
Dengan PKNS tidak beraksi semalam, perlawanan Sarawak dan Melaka mencuri tumpuan dengan lapan gol ...
Full story