Kelantan ikat KL Plus 1-1
- Wednesday, October 21, 2009, 5:24
- Piala Malaysia
- 434 views
- 4 comments
KELANTAN membawa pulang satu mata dari Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras, selepas mengikat KL Plus dengan keputusan seri 1-1 dalam aksi suku akhir pertama Piala Malaysia 2009, malam tadi. (lihat video)
Indra Putra Mahayuddin membuka tirai jaringan Kelantan pada minit ke-13 sebelum Fadzli Shaari menyamakan kedudukan pada minit ke-30.
Keputusan itu walau pun mungkin tidak disenangi sebahagian penyokong skuad Kijang, namun bagi jurulatih Kelantan, B Sathianathan yakin pasukannya bakal melangkah ke separuh akhir apabila kedua-dua pasukan bertemu pada perlawanan kedua di Kota Bharu, Sabtu ini.
“Keputusan ini memberikan kelebihan kepada Kelantan untuk beraksi di tempat sendiri bagi perlawanan kedua nanti,” katanya sejurus tamat perlawanan.
Kelantan yang muncul naib juara Piala FA mendominasi perlawanan dan sering melakukan asakan ke kubu lawan sehingga berhasil merobek gawang tuan rumah menerusi rembatan padu Indra Putra dari luar kotak penalti.
Bagaimana pun skuad Kijang gagal mengekalkan kelebihan itu apabila KL Plus meraih jaringan penyamaan pada minit ke-30 menerusi Fadzli Shaari yang berjaya melepasi perangkap ofsaid untuk menewaskan penjaga gawang pelawat, Halim Napi.
KL Plus memikul tugas berat apabila bertandang ke Stadium Sultan Mohd Ke-IV, Sabtu ini untuk merebut tiket ke separuh akhir Piala Malaysia 2009.
Get the Flash Player to see this player.
About the Author
4 Comments on “Kelantan ikat KL Plus 1-1”
Write a Comment
Gravatars are small images that can show your personality. You can get your gravatar for free today!
kelate d best team tahun ni.. caye la
jange dok berase sedak sangat lagi.. kita pakat tunggu kota baru hari sabtu ni la. ore dok pakat kato kelate pilihe, jange tteke ko pemain sudah la, raso2 tahun ni la peluang kelate nk julang piala malaysia.. gomo jange x gomo………
klate mg memang hbat.. tp igat jange longlai d kndang sndiri.. kita byak kelebihan. gunakan klebihan itu sbaik mgkin…gomo klate gomo kito bako gedebe..
qlate xhebat mane pung.. main jahat.. panas barang.. kalau kalah wat jahanamkan harta benda orang.. piiiiiraaaaaaaaaaah…