Posts Tagged ‘Manchester City’

Man U hidup peluang pertahan gelaran

JARINGAN Paul Scholes pada minit ke-93 masa kecederaan menghidupkan peluang Manchester United untuk mempertahankan kejuaraan Liga Perdana England selepas menundukkan Manchester City 1-0, dalam aksi sengit malam tadi. Pemain veteran itu menyelamatkan United menerusi tandukan cantik dari jarak 12 meter selepas menerima umpanan Patrice Evra dari sebelah kiri ketika permainan hanya tinggal 18 saat untuk ditamatkan. Jika kemenangan membantu United untuk terus memberi tekanan kepada pendahulu, Chelsea, ... Full story

Patrick Vieira sertai Manchester City

PATRICK Vieira mengesahkan dia meninggalkan Inter Milan untuk menyertai Manchester City dalam memastikan dirinya sentiasa berada dalam kesebelasan utama bagi mengelak tercicir daripada skuad kebangsaan Perancis ke Piala Dunia. Vieira, yang kerjaya bola sepaknya sering diiringi kecederaan mencatat penampilan antarabangsa ke-107 ketika Perancis menentang Nigeria pada perlawanan persahabatan Ogos lalu, tetapi penampilan rasmi terakhir bersama skuad kebangsaan itu ialah pada September 2007 dalam perlawanan kelayakan Piala ... Full story

Manchester City 2 Stoke City 0

MANCHESTER City menghadiahkan kemenangan sulung buat pengurus barunya, Roberto Mancini selepas menang 2-0 ke atas Stoke City di halaman sendiri dalam aksi Liga Perdana Inggeris lewat malam tadi. Bekas pengurus City, Mark Hughes dipecat minggu lalu selepas City mencatat kemenangan 4-3 ke atas Sunderland dan digantikan dengan Mancini, bekas pengurus Inter Milan. Kedua-dua gol City dijaringkan pada babak pertama menerusi Martin Petrov pada minit ke-28 dan Carlos ... Full story

Roberto Mancini Sasar Man City Layak Ke Liga Juara Eropah

Full story

Mancini ikat kontrak 3 tahun bersama City

MANCHESTER City telah melantik Roberto Mancini sebagai pengurus baru mereka bagi menggantikan Mark Hughes yang telah dipecat kelmarin. Bekas jurulatih Inter Milan itu menandatangani kontrak selama tiga tahun setengah di Eastlands. Mancini, 45, telah memenangi tiga gelaran Serie A ketika membimbing Inter selama empat tahun sebelum Jose Mourinho menggantikan tempatnya tahun lepas. Hughes mengucapkan selamat tinggal kepada peminat setianya di Eastlands biarpun City menang 4-3 ke atas ... Full story

Manchester City Memecat Pengurus Mark Hughes

Full story

Mark Hughes dipecat, Roberto Mancini pengurus baru Manchester City

MARK Hughes dipecat sebagai Pengurus Manchester City semalam dan tempatnya diganti bekas jurulatih Inter Milan, Roberto Mancini, menurut pengumuman yang dibuat kelab itu awal pagi tadi. Walaupun Manchester City hanya tewas dua kali sepanjang musim yang masih berlangsung ketika ini dan menang 4-3 dalam perlawanan menentang Sunderland pagi tadi, pemilik kelab daripada Abu Dhabi, Sheikh Mansour masih tidak berpuas hati dengan pencapaian Hughes.... Full story

Burnley bangkit ikat Manchester City

MANCHESTER City dikerah untuk terikat 3-3 dengan Burnley pada saingan Liga Perdana Inggeris di Stadium City, awal pagi tadi dengan menyaksikan pasukan pelawat memperoleh gol penyamaan tiga minit sebelum tamat permainan. Tottenham Hotspur yang sebelum ini tewas dua perlawanan kepada Aston Villa dan Bolton Wanderas, pula melonjak ke tangga keempat selepas menewaskan Sunderland 2-0. Portsmouth pula kekal di tempat tercorot liga selepas tewas kepada Blakburn Rovers ... Full story

‘Big Four’ tidak kebal selamanya

MARK Hughes percaya permulaan memberangsangkan Manchester City musim ini membuktikan empat pasukan Liga Perdana tidak boleh terus kekal kebal selama-lamanya. City sedang menunjukkan tanda-tanda mampu bersaing dengan yang terbaik di England dan mereka kini berada di tempat kelima, lima mata di belakang pendahulu, Manchester United dengan satu perlawanan dalam tangan, selepas bertungkus lumus seri 1-1 dengan 10 pemain di Wigan kelmarin. (... Full story

Wigan hampakan Manchester City

MANCHESTER City terlepas peluang untuk melonjakkan diri ke dalam kelompok empat pasukan teratas apabila hanya mampu seri 1-1 dengan Wigan Athletic, dalam aksi Liga Perdana Inggeris malam tadi. Beraksi di tempat lawan, City bagaimana pun lebih dulu ketinggalan menerusi jaringan Charles N’Zogbia pada penghujung babak pertama.... Full story
Copyright © 2010 Berita Bola Terkini. All rights reserved. Powered by Sokernet Team: Sokernet.com | Liga Malaysia | Berita EPL and Piala Dunia 2010.