Siaran langsung Final Sukan SEA Malaysia-Vietnam di TV2 & TV3
- Thursday, December 17, 2009, 8:17
- Sukan Sea
- 458 views
- 3 comments
PERLAWANAN Akhir acara bola sepak Sukan SEA antara Malaysia dan Vietnam petang ini akan disiarkan secara langsung oleh dua stesen televisyen Malaysia, satu milik kerajaan dan satu lagi stesen swasta.
Jika perlawanan separuh akhir antara Malaysia dan Laos 14 Disember lalu hanya disiarkan oleh RTM menerusi TV2, perlawanan akhir petang ini pula turut akan disiarkan secara langsung menerusi TV3.
Jadi terpulang kepada peminat bola sepak tanah air untuk menonton di saluran yang diminati, sama ada hendak menonton di TV2 milik kerajaan atau TV3 milik swasta. Yang penting perlawanan ini dapat ditonton secara langsung oleh jutaan peminat di Malaysia setelah mereka kecewa kerana terlepas peluang untuk menonton perlawanan menarik antara Malaysia dan Thailand di peringkat kumpulan sebelum ini.
Perlawanan akhir Malaysia-Vietnam ini dijadualkan bermula jam 6 petang. Malaysia mara ke perlawanan akhir selepas menundukkan tuan rumah, Laos 3-1 di separuh akhir, tiga hari lepas manakala Vietnam pula mara selepas membenam Singapura 4-1.
Kedua-dua pasukan pernah bertemu di peringkat kumpulan yang memihak Vietnam dengan keputusan 3-1.
About the Author
3 Comments on “Siaran langsung Final Sukan SEA Malaysia-Vietnam di TV2 & TV3”
Write a Comment
Gravatars are small images that can show your personality. You can get your gravatar for free today!
bley tgk live kt internet x?
sepatutnya boleh.. tetapi ketika ini line sudah pun sesak.. jika talian streamyx anda kurang power, kemungkinan besar siaran akan terputus-putus atau tidak dapat langsung..
ape website nk tgk live….?