Melaka garang, Sabah dan Sarawak sekadar seri

PERMULAAN baik buat Melaka pada perlawanan pembukaan Liga Perdana musim ini apabila mencatat kemenangan bergaya ke atas Shahzan Muda di Stadium Hang Tuah malam tadi.

Beraksi di depan penyokong sendiri Melaka menundukkan kelab dari Pahang itu 3-0 dengan aksi garang pemain tengah, Zulindra Shah Putra Adam menyumbat gol pertama Melaka menerusi sepakan percuma pada minit ke-35.

Selepas perlawanan bersambung, tuan rumah tidak melepaskan dua peluang terhidang menerusi K Depan Sakwati pada m-77 dan Zulindra melengkapkan malam gemilang Melaka pada m-84, sekali gus mengutip tiga mata berharga.

Di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, pendatang baru, Majlis Perbandaran Muar (MP Muar) gagal memanfaatkan peluang beraksi di laman sendiri selepas tewas 2-0 kepada Selangor PKNS.

Wan Hosni Wan Hussin menyumbat kedua-dua gol pada m-50 dan m-61 hasil rembatan kencang ke arah gawang MP Muar.

Di Stadium Selayang, Tentera hampir mengejutkan Harimau Muda selepas mendahului 1-0 namun skuad bimbingan Mohd Shah Norbit itu hanya pulang dengan satu mata selepas skuad pelapis negara menyumbat gol penyamaan untuk keputusan penuh 1-1.

Di Stadium Olahraga Universiti Sains Malaysia (USM), USM FC yang pertama kali beraksi dalam Liga Perdana tidak berdepan masalah untuk meraih tiga mata penuh apabila menang, 1-0 ke atas Pos Malaysia.

Di Stadium Likas, Sabah sekadar berkongsi mata dengan Felda United selepas kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan.

Di Stadium Sarawak, tuan rumah seri 0-0 dengan Polis.

About the Author

Sokernet has written 145 stories on this site.

Write a Comment

Gravatars are small images that can show your personality. You can get your gravatar for free today!

Copyright © 2010 Berita Bola Terkini. All rights reserved.
Powered by Sokernet.com, Berita Bola Terkini and Info Bola Sepak Teams.