Posts Tagged ‘Liga Juara Eropah’

Page 1 of 512345»

Inter Milan melangkah ke final

EMOSI mengiringi kemaraan Inter Milan ke pentas final Liga Juara-Juara Eropah apabila kelab Itali itu menyingkirkan juara bertahan, Barcelona menerusi aggregat 3-2 selepas mengharungi 90 minit aksi penuh mendebar di Nou Camp, awal pagi tadi. Selepas perlawanan berlangsung selama 28 minit, pemain Inter Milan dikerah beraksi dengan 10 pemain ... Full story

Inter Milan beraksi 10 pemain

UPDATE: Perlawanan tamat! Inter Milan mara ke final selepas berjaya mengekang asakan bertali arus Barca terutama pada tujuh minit terakhir perlawanan. Sekali pun menang 1-0 di Nou Camp, Barca tewas 2-3 kepada Inter Milan dari segi aggregat. UPDATE: Barcelona mendahului Inter Milan 1-0 menerusi jaringan Gerard Pique pada minit ke-84. Barca masih ketinggalan 2-3 dari segi Aggregat. Namun, jika tuan rumah menang 2-0 perlawanan ini bermakna ... Full story

Barcelona harap sokongan peminat

PERTAHANAN Barcelona, Gerard Pique meminta peminat pasukan itu memenuhi stadium Nou Camp dan memberi sokongan kepada kelab Sepanyol itu dalam saingan separuh akhir kedua Liga Juara-Juara Eropah menentang Inter Milan. “Saya berharap Nou Camp mencatat sejarah. Saya berharap Nou Camp kali ini seperti yang tidak pernah kita saksikan sebelum ini, dan tiada satu pun tempat duduk kosong dan apabila pemain melangkah masuk ke padang, mereka (pemain ... Full story

Barcelona masih berpeluang ketepi Inter

TIDAK dinafikan peminat bola sepak global sudah tertanya-tanya apakah 'elemen magis' akan mengiringi cabaran juara bertahan, Barcelona untuk bangkit di gelanggang sendiri dengan jaringan banyak atau pun Inter Milan akan bertahan keras untuk layak ke final Liga Juara-Juara Eropah, musim ini. Penyerang Barcelona, Zlatan Ibrahimovic yakin andai kelab Catalan itu setia pada corak permainan sendiri, mereka tidak perlu bimbang terhadap ancaman fizikal Inter pimpinan Jose Mourinho ... Full story

Bayern Munich mara ke final

BAYERN Munich merentap impian Lyon untuk menjadi pasukan pertama dari Perancis layak ke final Liga Juara-Juara sejak 2004. Permulaan gementar Lyon memberi peluang kepada Bayern untuk menguasai permainan dan seterusnya berjaya menewaskan Lyon 3-0 pada pertemuan Liga Juara-Juara di Lyon, Perancis, awal pagi tadi Berbekalkan satu gol pada pertemuan pertama, Bayern menambah tiga lagi gol pada minit ke-26, 67 dan 78 menerusi hatrik penyerangnya, Olic untuk agregat ... Full story

Jaringan Robben beri kelebihan buat Bayern

BOLA lencongan penyerang Belanda, Arjen Robben pada separuh masa kedua memberikan kemenangan 1-0 buat Bayern Munich ke atas Olympique Lyon pada perlawanan separuh akhir pertama Liga Juara-juara Eropah yang menyaksikan dua pemain di perintah keluar padang. Pada perlawanan yang penuh aksi kekerasan itu, Frank Ribery dari Bayern telah dikenakan kad merah kerana menerjah buku lali penyerang Lyon, Lisandro Lopez pada minit ke-37. Lyon juga bermain 10 orang ... Full story

Inter Milan bangkit benam Barcelona

INTER Milan bangkit daripada ketinggalan satu gol untuk menundukkan juara bertahan, Barcelona 3-1 pada perlawanan separuh akhir pertama Liga Juara-Juara Eropah, awal pagi tadi. Ini kali pertama Barcelona tewas dengan ketinggalan margin dua gol di bawah kendalian pengurus, Pep Guardiola. Inter melakukan kebangkitan dramatik selepas ketinggalan gol awal Barca menerusi Pedro Rodríguez pada minit ke-19. Gol Inter diperoleh menerusi Wesley Sneijder pada minit ke-30, Maicon (m-48) dan Diego ... Full story

Pertembungan menarik Inter Milan,Barcelona

PERSOALAN bagi Inter Milan adalah siapa harus disekat – Lionel Messi atau Barcelona apabila kedua-dua gergasi Itali dan Sepanyol itu berentap dalam saingan menarik separuh akhir pertama Liga Juara-Juara Eropah di San Siro awal pagi esok. Barisan bimbingan Jose Mourinho berjaya menyekat jentera ganas kelab dari Catalan serta penyerang licik dari Argentina itu daripada membolosi gawang mereka dalam saingan peringkat kumpulan, September lalu yang berkesudahan seri ... Full story

Arjen Robben wira Bayern singkir MU

PENGURUS Bayern Munich, Louis van Gaal memuji Arjen Robben berikutan memperoleh gol berharga bagi kelab itu menyingkirkan Manchester United dan layak ke separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah, awal pagi tadi. Bagaimanapun, rakan sejawatnya, Alex Ferguson berang tindakan pengadil melayangkan kad merah kepada Rafael sehingga membawa punca kekalahan pasukannya dengan agregat 4-4 menerusi kelebihan gol Bayern di tempat lawan. Gol sepakan "roket" Robben pada separuh masa kedua menjadikan ... Full story

Lyon iringi Inter Milan, Barcelona, Bayern Munich

PENDAHULU liga Perancis, Olympique Lyon mencatat sejarah apabila layak ke separuh akhir dengan menyingkirkan musuh terdekat, Bordeaux meskipun tewas 1-0 pada perlawanan kedua suku akhir di tempat lawan, awal pagi tadi. Lyon layak dengan keputusan agregat 3-2 selepas menang 3-1 di Lyon pada perlawanan pertama suku akhir, sebelum ini. Pada perlawanan pagi tadi, Bordeaux yang menjadi juara liga Perancis musim lalu, gagal mencari lebih banyak gol untuk ... Full story
Page 1 of 512345»
Copyright © 2010 Berita Bola Terkini. All rights reserved. Powered by Sokernet Team: Sokernet.com | Liga Malaysia | Berita EPL and Piala Dunia 2010.