Drogba dinobat penjaring terbanyak EPL
- Monday, May 10, 2010, 7:49
- Chelsea, Liga Perdana Inggeris, Pemain Terbaik
- 276 views
- Add a comment
PENYERANG Ivory Coast, Didier Drogba menjaringkan hatrik ketika membantu Chelsea mengalahkan Wigan 8-0, sekali gus muncul penjaring terbanyak Liga Perdana Inggeris dengan 29 gol.
Nyata skuad bimbingan Carlo Ancelotti menepati ramalan awal mampu merebut tahta liga daripada juara bertahan Manchester United, yang menewaskan Stoke City 4-0 juga pada perlawanan terakhir mereka, malam tadi.
Kemenangan United itu tidak bermakna kerana mereka mengkehendaki Chelsea tewas atau sekurang-kurangnya seri dengan Wigan.
Nicolas Anelka pula memperoleh dua gol manakala Frank Lampard, Salomon Kalou dan Ashley Cole masing-masing menyumbat satu gol perlawanan berat sebelah apabila Wigan terpaksa bermain dengan 10 pemain.
Chelsea berjaya menyekat United untuk mencatat rekod kemenangan kejuaraan liga untuk kali ke-19.
Chelsea juga bakal mengondol satu lagi trofi apabila beraksi pada perlawanan final Piala FA bertemu Portsmouth, minggu depan.
“Ia sesuatu yang amat berat untuk melihat United menang kejuaraan liga setiap musim,” kata kapten Chelsea, John Terry.
“Kini tiba giliran kami pula untuk mereka melihat kejayaan kami,” katanya.
About the Author
Write a Comment
Gravatars are small images that can show your personality. You can get your gravatar for free today!