Archive for the ‘Piala Malaysia’ Category

Page 1 of 41234»

Kerosakan stadium: Tidak wajar salahkan KAFA sahaja

SEMUA pihak tidak wajar menuding jari hanya kepada Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) sahaja ekoran insiden keganasan penyokong pasukan negeri itu yang menyebabkan pelbagai kerosakan di Stadium Nasional Bukit Jalil ketika perlawanan akhir Piala Malaysia 2009 Sabtu lepas. Insiden melontar objek, membakar mercun dan membakar kain rentang yang berlaku dalam perlawanan akhir Piala Malaysia antara Kelantan dan Negeri Sembilan di Stadium Nasional Bukit Jalil sudah pun ... Full story

Kerugian Stadium Bukit Jalil RM138,150, bukan RM214,000 kenyataan menteri

SETIAUSAHA Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Azzuddin Ahmad menjelaskan bahawa jumlah kerosakan dan kerugian yang dituntut Perbadanan Stadium Nasional, Bukit Jalil akibat kelakuan ganas penyokong Kelantan pada perlawanan akhir Piala Malaysia, Sabtu lalu ialah RM138,150. Katanya, kos yang dianggarkannya dan diperoleh kelmarin iaitu antara RM128,000 hingga RM150,000 telah dikemukakan oleh pihak stadium pada satu mesyuarat bedah siasat Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM ekoran kejadian berkenaan. Kelmarin, ... Full story

Tindakan liar penyokong: FAM denda KAFA RM50,000

PERSATUAN Bola Sepak Kelantan (KAFA) didenda RM50,000 oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) ekoran insiden yang dicetuskan oleh penyokong The Red Warriors pada perlawanan akhir Piala Malaysia 2009 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu lalu (7 Nov). Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM, Datuk Mohd Taufik Abdul Razak berkata, denda tersebut merangkumi tiga pertuduhan yang dikenakan terhadap KAFA berhubung insiden yang berlaku sepanjang perlawanan tersebut. “Bagi kesalahan pertama, ... Full story

Tok Guru Nik Aziz kesal sikap segelintir penyokong Kelantan

MENTERI Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menerima baik kekalahan pasukan Kelantan pada perlawanan akhir Piala Malaysia dan menganggap ia sebagai perkara biasa yang perlu diterima peminat sukan, namun kesal dengan insiden membabitkan penyokong Kelantan membuat kekecohan termasuk membakar mercun dan merosakkan kerusi di Stadium Nasional Bukit Jalil. Tuan Guru Nik Abdul Aziz menganggap tindakan sebahagian penyokong Kelantan itu sebagai tidak mempunyai ... Full story

Shukor Adan ‘Pemain Terbaik’ Final Piala Malaysia 2009

"SAYA ingatkan dah tua-tua macam ini, tak laku lagi untuk terima anugerah Pemain Terbaik Perlawanan Akhir. Anugerah pemain terbaik ini adalah untuk seluruh pemain dalam pasukan Negeri Sembilan." Shukor Adan mengakui betapa pada usia 30 tahun, pengiktirafan itu amat bermakna buatnya, tambahan pula memenanginya hasil daripada keberanian menyahut cabaran jurulatih, Wan Jamak Wan Hassan yang mengubah posisinya ke tengah-tengah benteng pertahanan. “Jurulatih jumpa saya selepas perlawanan terakhir ... Full story

Final: Gol awal beri N Sembilan kelebihan

JURULATIH Negeri Sembilan, Wan Jamak Wan Hassan berpuas hati apabila pasukannya berjaya menjaringkan gol pendahuluan yang menaikkan moral pemain dalam aksi final Piala Malaysia 2009 menentang Kelantan, di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi. Negeri Sembilan muncul juara dalam aksi perlawanan akhir Piala Malaysia selepas menundukkan Kelantan 3-1 hasil jaringan Shahurain Abu Samah (m-18), Hairuddin Omar (m-46) dan Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak (m-60). Wan Jamak berkata ... Full story

Final: Negeri Sembilan juara, Kelantan hampa

NEGERI Sembilan memperaga aksi mantap untuk menjuarai Piala Malaysia, piala paling berprestij dalam saingan Liga Malaysia, setelah menewaskan Kelantan 3-1 pada perlawanan akhir berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam tadi. Kemenangan itu membolehkan Negeri Sembilan menamatkan penantian selama 61 tahun setelah kali terakhir mendakapnya pada 1948 ketika piala itu dikenali sebagai Piala HMS Malaya. Status 'underdog' nyata tidak menjejas corak permainan skuad bimbingan Wan Jamak Wan ... Full story

Final: Negeri Sembilan 3 Kelantan 1

NEGERI Sembilan mengakhiri penantian 61 tahun untuk bergelar juara Piala Malaysia 2009 selepas menewaskan Kelantan 3-1 pada aksi final di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini. Negeri Sembilan mendahului Kelantan 1-0 pada babak pertama menerusi jaringan Shahurain Abu Samah pada minit ke-18. Hanya seminit memasuki babak kedua, Negeri Sembilan menambah satu lagi gol menerusi Hairudddin Omar untuk menjadikan kedudukan 2-0 sebelum jaringan penalti Mohd Zaquan Adha Abdul ... Full story

85,000 tiket Final Piala Malaysia habis dijual

PENANTIAN lama yang dikongsi Kelantan dan Negeri Sembilan untuk menjulang trofi Piala Malaysia, akan terlerai apabila kedua-dua pasukan beraksi pada perlawanan akhir di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam ini. Ketika kedua-duanya diakui memiliki barisan hampir seimbang untuk menunjangi misi merealisasikan matlamat berkenaan, namun hanya satu pasukan akan menamatkan kemarau panjang itu. Dalam sejarah 88 tahun kejohanan tertua bola sepak negara, skuad Kelantan yang diberi jolokan 'Red Warriors' ... Full story

Mana lebih hebat, ‘Ombak Merah’ atau ‘Ombak Kuning’?

BAGI memastikan skuad bimbingan Wan Jamak Wan Hassan tidak lemas oleh sorakan 'Ombak Merah', 30,000 penyokong Hoben Jang Hoben akan memastikan 'Ombak Kuning' terus bergelora di Stadium Nasional, Bukit Jalil bagi memberi semangat kepada pasukan Negeri Sembilan yang akan berentap dengan Kelantan pada aksi Final Piala Malaysia malam ini. Timbalan Presiden Penaja kelab n9futbol.com, Mohd Faidzul Mohamad Noh, berkata, penyokong Negeri Sembilan akan membanjiri Stadium Nasional, ... Full story
Page 1 of 41234»
Copyright © 2010 Berita Bola Terkini. All rights reserved. Powered by Sokernet Team: Sokernet.com | Liga Malaysia | Berita EPL and Piala Dunia 2010.