Posts Tagged ‘Keputusan’

Page 1 of 212»

Selangor terus selesa, Perlis ikat Kelantan

SELANGOR terus selesa mendahului tangga teratas Liga SUper apabila mencatat kemenangan ketiga berturut-turut, sekali pun sekadar menang tipis 1-0 ke atas KL Plus, manakala Kelantan pula tercicir dua mata selepas diikat dengan keputusan seri tanpa jaringan di Kangar. Terengganu merampas kedudukan Kelantan selepas menewaskan Pulau Pinang 4-0 di gelanggang sendiri, manakala Johor terus berputih mata apabila melepaskan dua gol pada masa tambahan untuk membolehkan lawannya, Perak ... Full story

Keputusan Liga Malaysia Terkini

Carta Liga Malaysia 2010: Carta Liga Super Carta Liga Malaysia 2010: Carta Liga Perdana... Full story

Chelsea 5 Watford 0

KETIKA juara 11 kali, Manchester United menjadi pasukan pertama menerima kejutan saingan Piala FA England, Chelsea tidak berdepan kesukaran untuk meneruskan saingan ke pusingan keempat selepas membenam Watford 5-0 di Stamford Bridge, malam tadi. Daniel Sturridge menjaringkan dua gol pada minit ke-5 dan 68. Tiga lagi gol Chelsea disumbangkan oleh John Eustace (m-15, gol sendiri), Florent Malouda (m-22) dan Frank Lampard (m-64). Skuad bimbingan Carlo Ancelotti itu ... Full story

Portsmouth 1 Arsenal 4

EDUARDO, Samir Nasri, Aaron Ramsey dan Alex Song meletakkan diri pada senarai penjaring buat Gunners dalam perlawanan yang berlangsung di Fratton Park, untuk meninggalkan Arsenal menghampiri empat mata dengan pendahulu, Chelsea dengan satu perlawanan dalam tangan. Namun, Wenger mengakui dia kekurangan ramuan di bahagian serangan dengan Nicklas Bendtner dan Robin van Persie cedera manakala Theo Walcott bergelut untuk kembali cergas ke tahap sepenuhnya. Wenger berkata: “Saya masih ... Full story

Aston Villa 0 Liverpool 1

LIVERPOOL bernasib baik apabila memperoleh gol kemenangan menerusi jaringan Fernando Torres pada minit-minit akhir perlawanan. Ketua pasukan Liverpool, Steven Gerrard menabik Fernando Torres selaku 'penyerang terbaik dunia' selepas peledak Sepanyol itu menjaringkan gol tunggal untuk menewaskan Aston Villa 1-0 di gelanggang lawan. Jaringan pada minit ke-93 itu adalah juga gol ke-50 bagi penyerang lincah itu yang dianggap pemain Liverpool terpantas untuk mengejar angka berkenaan selepas hanya memerlukan ... Full story

Chelsea 2 Fulham 1

CHELSEA terpaksa bangkit dari ketinggalan satu gol sebelum meraih kemenangan sukar 2-1 ke atas Fulham di Stamford Bridge, awal pagi ini. Penonton di Stamford Bridge tergamam seketika apabila Zoltan Gera menyumbat gol pembukaan hanya selepas tiga minit perlawanan berlangsung dan tampak selesa sehingga sejam perlawanan. Tembok kebal Fulham akhirnya runtuh dengan dua gol berturut-turut dalam tempoh dua minit. Satu menerusi jaringan Didier Drogba minit ke-73 dan satu ... Full story

Tottenham 2 West Ham 0

DUA gol pada setiap babak memberikan kemenangan 2-0 buat Tottenham ketika melayani kunjungan West Ham di White Hart Lane malam tadi. Luka Modric yang kembali membarisi kesebelasan utama Spurs selepas pulih dari kecederaan sejak Ogos lalu membuka tirai jaringan tuan rumah pada minit ke-11. Bekas penyerang West Ham, Jermain Defoe menambah gol kedua pada minit ke-81. Kemenangan ini membolehkan Tottenham naik ke tangga keempat liga dengan 37 ... Full story

Hull City 1 Manchester United 3

MANCHESTER United berjaya mengecilkan jurang dengan pendahulu Liga Perdana Inggeris, Chelsea kepada hanya dua mata selepas menundukkan Hull City 3-1 di kandang lawan malam tadi. Penyerang England, Wayne Rooney meletakkan United di depan pada minit ke-45, tetapi Hull menyamakan kedudukan menerusi penalti Craig Fagan di minit ke-59. Kesilapan pertahanan tuan rumah, Andy Dawson menyumbat gol ke gawang sendiri di minit ke-73 kembali meletakkan United di depan, sebelum ... Full story

Arsenal 3 Aston Villa 0

ARSENAL terus beraksi garang apabila membenam antara pasukan pencabar kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim ini, Aston Villa 3-0 di Stadium Emirates malam tadi. Cesc Fabregas hadir selaku pemain gantian untuk menyumbat dua gol membantu The Gunners menewaskan Aston Villa. Kejayaan itu menyaksikan Arsenal melonjak sementara ke tangga kedua buat beberapa jam sahaja dan kembali pada kedudukan asal (tempat ketiga) selepas juara bertahan, Manchester United menewaskan Hull ... Full story

Liverpool 2 Wolverhampton 0

LIVERPOOL memperoleh kemenangan yang dicari-cari selepas berjaya mengatasi Wolverhampton 2-0 di Anfield, awal pagi tadi. Di sebalik prestasi semakin merudum sejak kebelakangan ini, jaringan ketua pasukan, Steven Gerrard minit ke-62 dan Yossi Benayoun lapan minit kemudian memulihkan semula reputasi The Reds sebagai pencabar Liga Perdana Inggeris. Bagaimanapun kemenangan berkenaan hadir ketika lawan bermain dengan 10 orang selepas pertahanan Wolves, Stephen Ward dilayangkan kad merah pada minit ke-53. Full story
Page 1 of 212»
Copyright © 2010 Berita Bola Terkini. All rights reserved. Powered by Sokernet Team: Sokernet.com | Liga Malaysia | Berita EPL and Piala Dunia 2010.