- Saturday, April 17, 2010, 8:19
- Liga Perdana
- 34 views
CENGKAMAN Felda United dalam saingan Liga Perdana mulai longgar apabila tumbang buat kali pertama musim ini, tewas 0-1 kepada Tentera (ATM) di Stadium Selayang malam tadi untuk membuka ruang buat pencabar terdekatnya, PKNS kembali memberi tekanan.
Kemenangan ATM yang tidak disangka-sangka itu membolehkan mereka kini berada satu mata mengekori PKNS di tangga kedua.
Dengan PKNS tidak beraksi semalam, perlawanan Sarawak dan Melaka mencuri tumpuan dengan lapan gol ...
Full story
- Sunday, April 11, 2010, 7:37
- Piala FA
- 123 views
NEGERI Sembilan muncul juara Piala FA 2010 selepas menewaskan Kedah 5-4 pada perlawanan akhir di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.
Begitupun, kemenangan tersebut diraih menerusi penentuan sepakan penalti selepas kedudukan terikat 1-1 sehingga tamat perlawanan masa tambahan.
Penjaga gol Negeri Sembilan, Sani Anuar Kamsani tampil sebagai wira apabila berjaya menyelamatkan sepakan terakhir pemain Kedah, Mohd. Sabre Mat Abu untuk membolehkan pasukannya menjuarai Piala FA buat kali ...
Full story
- Sunday, April 11, 2010, 0:32
- Piala FA
- 201 views
NEGERI Sembilan menjulang Piala FA edisi ke-21 setelah menewaskan juara 2008, Kedah 5-4 melalui sepakan penalti selepas terikat 1-1 setelah tamat masa tambahan pada perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil sebentar tadi.
Ia merupakan kemenangan kedua skuad 'Hobin Jang Hobin' yang kali terakhir memenanginya pada 2003.
Pada perlawanan itu, Kedah yang terlebih dahulu membuka jaringan awal pada minit ke-27 melalui penyerang berbisa mereka, Baddrol ...
Full story
- Monday, January 25, 2010, 13:08
- Liga Super
- 235 views
SELEPAS hanya menang sekali dalam empat perlawanan awal, Kelantan mula menunjukkan taring sebenar pasukan itu apabila membelasah Johor FC 4-1 dalam aksi menghiburkan di Stadium Sultan Mohd Ke-IV, malam semalam.
Anak buah B Sathianathan bagaikan melepaskan geram selepas tewas buat pertama kali musim ini kepada Kedah Selasa lalu sekali gus kembali menarik kepercayaan peminat setia The Red Warriors.
Empat gol sumbangan Norshahrul Idhan Talaha, Aziz Mat Rose, ...
Full story
- Monday, January 25, 2010, 12:29
- Liga Super
- 206 views
SELANGOR yang dianggap kebal selepas menang semua perlawanan sebelum ini tersungkur di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah Kuala Terengganu kelmarin angkara anak buah Irfan Bakti yang menunjukkan kesungguhan mereka untuk menghukum pasukan pelawat itu.
Skuad Penyu berjaya mengotakan janji mereka kepada peminat mereka yang sentiasa memenuhi stadium dalam setiap perlawanan membabitkan pasukan kesayangan mereka itu.
Bagi Irfan, kemenangan besar ke atas Selangor di tempat sendiri malam kelmarin ...
Full story
- Monday, January 25, 2010, 12:26
- Liga Super
- 143 views
KEKALAHAN pertama Selangor dalam kempen Liga Super musim ini jelas membuatkan ketua pengendali, K Devan berang dan buat pertama kalinya, beliau langsung enggan bercakap kepada semua pemain sejurus selepas pertemuan dengan Terengganu tamat, malam kelmarin.
Devan yang juga pengurus skuad Gergasi Merah itu tidak mahu menanyakan sebab mengapa mereka boleh tewas dan semua post-mortem pertemuan yang menyaksikan pendahulu Liga Super itu dimalukan 4-0 akan hanya dibuat ...
Full story
- Wednesday, January 20, 2010, 2:55
- Liga Super
- 252 views
SELANGOR mengukuhkan kedudukan di tangga teratas Liga Super selepas membenam Pahang 4-0 di Stadium Shah Alam, malam tadi.
Dua daripada gol Selangor dijaringkan oleh R Surendren pada minit ke-77 dan 83, menjadikan empat gol dijaringkan pemain itu setakat ini bersama penyerang Kedah, Azlan Ismail untuk mendahului senarai penjaring terbanyak liga.
Dua lagi gol Selangor masing-masing sumbangan Safee Sali pada minit ke-35 dan Syafiq Rahim minit 55.
Selepas empat ...
Full story
- Wednesday, January 20, 2010, 2:46
- Liga Super
- 267 views
KELANTAN gagal mengekalkan rekod tanpa kalah dalam saingan Liga Super apabila tewas 0-1 di gelanggang sendiri kepada Kedah, malam tadi.
Gol tunggal Kedah dijaringkan oleh penjaring terbanyak Liga Super, Azlan Ismail di hujung babak pertama hasil kesilapan mudah penjaga gawang tuan rumah, Syed Adney Syed Hussein.
Kekalahan ini menyebabkan Kelantan jatuh ke tangga ketujuh liga, manakala Kedah mengambil alih tempat Kelantan di tangga kelima.
pada perlawanan lain, Selangor ...
Full story
- Saturday, January 16, 2010, 23:53
- Liga Super
- 289 views
SELANGOR terus selesa mendahului tangga teratas Liga SUper apabila mencatat kemenangan ketiga berturut-turut, sekali pun sekadar menang tipis 1-0 ke atas KL Plus, manakala Kelantan pula tercicir dua mata selepas diikat dengan keputusan seri tanpa jaringan di Kangar.
Terengganu merampas kedudukan Kelantan selepas menewaskan Pulau Pinang 4-0 di gelanggang sendiri, manakala Johor terus berputih mata apabila melepaskan dua gol pada masa tambahan untuk membolehkan lawannya, Perak ...
Full story
- Saturday, January 16, 2010, 11:12
- Liga Super
- 270 views
KELANTAN hanya menumpukan untuk membawa pulang tiga mata penuh dari Kangar pada aksi menentang Perlis malam ini.
Bagaimanapun, pengendali Kelantan, B Sathianathan tetap berhati-hati kerana Perlis kini sudah mendapat semangat baru selepas menewaskan Kedah di Alor Setar, Selasa lalu.
Tanpa berselindung, bekas jurulatih kebangsaan ini percaya perlawanan malam ini pastinya sengit dan Kelantan tidak berdepan laluan mudah untuk menundukkan Singa Utara itu.
"Mungkin kita pernah menewaskan mereka pada ...
Full story