Wednesday, 20/10/2010

N.Sembilan mara, Kelantan makin hampir

Published on October 6, 2010 by admin   ·   15 Comments

KELANTAN semakin hampir untuk ke suku akhir saingan Piala Malaysia 2010 selepas membelasah PKNS 4-0 dalam aksi yang berlangsung di Stadium Sultan Mohd Ke-IV malam ini.

Perlawanan menentang PKNS menjadi penentu buat Kelantan untuk mara ke peringkat kalah mati selepas memulakan kempen Piala Malaysia dengan prestasi mengecewakan.

Kelantan hanya mampu mengumpul lima mata daripada empat perlawanan sebelum ini, namun kemenangan ke atas PKNS malam ini kembali melonjak skuad The Red Warriors di landasan untuk layak ke suku akhir.

Di awal permainan Kelantan terlebih dahulu menguji gawang pelawat menerusi percubaan Norfarhan Mohamad pada minit keempat disusuli tandukan Azizi Mat Rose yang singgah di tiang gol pada minit ke-20.

Usaha Kelantan untuk memburu gol awal akhirnya membuah hasil apabila tampanan kurang kemas penjaga gol PKNS disudahkan oleh pemain pertahanan tuan rumah, Mohd Farisham Ismail pada minit ke-28.

Tiga lagi gol Kelantan diperolehi pada babak kedua menerusi jaringan Akmal Rizal Ahmad Rakhli pada minit ke-54 serta Mohd Badhri Radzi pada minit ke-77.

Ketua pasukan Kelantan melengkapkan kemenangan besar Kelantan dengan menjaring gol keempat pada minit ke-81.

Hasil kemenangan malam ini, membolehkan Kelantan naik ke tangga kedua Kumpulan A dengan mengumpul lapan mata.

PKNS yang tewas pula turun ke tangga ketiga dengan enam mata.

Sementara itu juara bertahan, Negeri Sembilan mengesahkan tempat ke suku akhir selepas menewaskan KL Plus 2-1.

Negeri Sembilan yang masih belum tewas dalam saingan Piala Malaysia mengungguli carta Kumpulan A dengan 11 mata.

Tags: , , ,

Readers Comments (15)

  1. kije meroh says:

    kemah molek.. hok ni hok nyokong nak kelih sebenarnya,,,

    kace masuk quarter f dulu

  2. pedangpadang says:

    boleh g bukit jalil plak tahun ni…kito lawe negeri plak

  3. waklong says:

    kalu buleh la ambo nak kelih kelate vs ganu final pm tahun ni….. guano tuh

  4. men red says:

    agah la nogori,mene pun nasib puok klate bui jah,pade doh aidil kene jaq perut ko abe lim kito

  5. men red says:

    mene pun tok sohor,khairi bayar gu….mene atas dasar duit jah,,tgk puok klate main lagu mana malam tu…supo kene bomoh ko puok mu jah

  6. rencour says:

    GO KL PLUS…we support you
    Harap KLNTAN tersingkir utk Q/F..biar pdn muka..haha

  7. rilek says:

    Rilek bro.. tunggu game habis malam ni dulu tengok sape layak tak layak.. main kutuk2 hapa ni.. be pro la

  8. rencour says:

    Ha..Ha..Ha..Dah nasib ko KIJANG jadi santapan GIANT…ambik ko !!!

  9. nikmang says:

    menate budak negori ni memang cari nyakit..klu ditakdirkan N9 lwn kelate final ni kito pakak gi ghamai2….klu kaloh kito pakat bahe penyokong pulok…




Join Sokernet.com @ Facebook

Berita Berkaitan

Berita Terkini

Hak Cipta © 2010 Sokernet.com | Portal Bola Sepak Terunggul Di Malaysia.