Saturday, 09/10/2010

Kelantan, Terengganu berdepan misi hidup mati

Published on October 6, 2010 by admin   ·   2 Comments

PKNS, Sabah mampu hancurkan impian The Red Warrios, skuad Penyu

KETIKA Juara Liga Super, Selangor tidak berdepan sebarang kesukaran untuk muncul pasukan pertama layak ke suku akhir saingan Piala Malaysia musim ini, dua lagi pasukan teratas Liga Super, Kelantan dan Terengganu mempamer prestasi terumbang ambing dan berdepan risiko tersingkir awal di peringkat kumpulan.

Kelantan dan Terengganu setakat ini hanya mampu menduduki tangga ketiga kumpulan masing selepas mengharungi empat perlawanan peringkat kumpulan.

Kegagalan mengutip mata penuh ketika menentang KL Plus di tempat sendiri 20 September lalu ketika mendahului 3-1 amat sukar diterima majoriti penyokong setia skuad The Red Warriors.

Sebelum itu Kelantan bermula agak sumbang apabila tewas 0-1 kepada juara bertahan, Negeri Sembilan pada perlawanan pembukaan, juga di depan penyokong sendiri menyaksikan anak buah B Sathianathan hanya mampu mengumpul lima mata daripada empat perlawanan.

Ia nyata bertentangan sama sekali jika dibandingkan aksi hebat Kelantan sepanjang saingan Liga Super musim ini, lebih-lebih lagi hanya melepaskan hanya 14 gol dalam 26 perlawanan.

Tetapi setakat empat perlawanan Piala Malaysia, gawang Kelantan sudah pun dibolosi enam kali yang nyata menimbulkan keresahan di kalangan peminat The Red Warriors akan kemampuan pasukan kesayangan mereka sama ada layak ke suku akhir atau tidak.

Justeru perlawanan menentang PKNS di Kota Bharu bakal menjadi kayu pengukur akan kemampuan Kelantan untuk mara ke kelompok lapan pasukan terbaik.

Kelantan tiada pilihan kedua lagi, hanya kemenangan yang diperlukan jika berhasrat untuk mara lebih jauh dalam kempen Piala Malaysia kali ini.

Apatah lagi pasukan lawan turut mengidamkan mata penuh kerana turut mempunyai peluang sama untuk mara ke pusingan kalah mati.

Menyedari hakikat itu, Ketua Jurulatih Kelantan, B Sathianathan awal-awal lagi menggesa pemainnya menunjukkan kebangkitan sebagaimana aksi dipamerkan menentang Negeri Sembilan baru-baru ini.

“Ini merupakan perlawanan yang cukup penting bagi kita. Sudah pasti kita tidak mahu kecewa lagi di halaman sendiri. Walau bagaimanapun, pada masa yang sama saya tetap menghormati kemampuan pasukan pelawat,” katanya.

“Saya menuntut semangat juang ketika bertemu Negeri Sembilan berulang dalam perlawanan ini. Di Paroi kita ketinggalan dua gol pada suatu ketika, tetapi pemain tidak hilang semangat dan bangkit menjaringkan dua gol dalam tempoh tiga minit bagi membolehkan kita berkongsi mata.

“Saya mengharapkan keputusan positif dalam perlawanan ini. Dalam saingan Piala Malaysia setakat ini, kita hanya mampu mengutip satu mata sahaja di Kota Bharu. Untuk itu saya menuntut pemain saya menghadiahkan tiga mata pada malam ini kepada peminat setia Kelantan,” katanya.

Situasi sama turut dirasai pasukan yang menamatkan saingan Liga Super di tangga ketiga, Terengganu yang masih tercari-cari rentak untuk menyaingi pencabar mereka dalam Kumpulan B.

Dengan hanya mengutip empat mata daripada empat perlawanan, Terengganu kini sekadar menguni kedudukan ketiga di belakang Sabah yang mengutip lapan mata diikuti Pahang, enam mata.

Turun selaku tuan rumah di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu malam ini, anak-anak buah Irfan Bakti itu sepatutnya mempunyai kelebihan psikologi ke atas pasukan lawan yang berada di prestasi terbaik ketika ini.

Pada perlawanan di tempat lawan 17 September lalu, Terengganu sekadar seri 2-2 dengan Sabah sebelum tewas 0-1 di tempat sendiri kepada Kuala Lumpur, tiga hari kemudian.

Tags: , , , , ,

Readers Comments (2)

  1. A.REZZA says:

    PIALA MALAYSIA MILIK KELANTAN

  2. waklong says:

    lepas misi ni misi hidup semula pulok hahaha




Join Sokernet.com @ Facebook

Berita Berkaitan

Berita Terkini

Hak Cipta © 2010 Sokernet.com | Portal Bola Sepak Terunggul Di Malaysia.