Friday, 15/10/2010

Aksi ‘panas’ Selangor-Kelantan

Published on October 12, 2010 by admin   ·   39 Comments

HAJAT Selangor untuk bertemu Kelantan pada perlawanan akhir Piala Malaysia tidak kesampaian apabila kedua-duanya bakal bersemuka pada perlawanan suku akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Shah Alam, malam ini.

Namun, Selangor pastinya tidak rela berputih mata sekiranya gagal mengekang kemaraan ayam tambatan Kelantan, Indra Putra Mahayuddin dan Mohd. Nor Farhan Muhammad yang mampu menjadi duri dalam daging pada pertemuan yang dijangka berlangsung sengit.

Jurulatih Selangor, K Devan tegas mengingatkan anak buahnya terutamanya di bahagian pertahanan supaya tidak alpa untuk mengawasi kelibat Indra dan Farhan, gabungan dua penyerang lama dan baru yang pastinya akan memporak-perandakan pertahanan skuad Merah Kuning itu.

“Bahagian pertahanan perlu bertahan dengan baik untuk tidak dibolosi, lebih-lebih lagi Kelantan mempunyai penyerang yang bagus dan berpengalaman seperti Indra dan Farhan.

“Tetapi apa yang penting, bahagian tengah dan serangan juga perlu beraksi baik untuk menghasilkan gol supaya memberi laluan selesa apabila berkunjung ke Kelantan nanti,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini, semalam.

Juara 32 kali Piala Malaysia itu bakal turun dengan kesebelasan utama memandangkan tiada masalah kecederaan yang menyelubungi pemain sekali gus yakin untuk mencatatkan kemenangan pada pertemuan malam ini.

Berdasarkan rekod pertemuan musim lepas, ia lebih memihak kepada Selangor yang mana mereka menang 3-0 di Shah Alam pada perlawanan pusingan kedua Liga Super.

Musim ini pula kedua-dua pasukan hanya mencatatkan keputusan seri dalam dua pertemuan pada bulan Mac dan Julai lepas.

Kedua-dua pasukan juga bertemu akhir Piala FA 2009 yang lebih memihak kepada Selangor yang mengalahkan Kelantan menerusi penentuan sepakan penalti.

Malah, rekod kemenangan 100 peratus dalam peringkat kumpulan semestinya memberikan keyakinan yang tinggi buat skuad bimbingan Devan untuk meneruskan aksi cemerlang mereka untuk memburu kejuaraan kali ke-33.

Kali terakhir Selangor menjuarai Piala Malaysia iaitu pada tahun 2005 menewaskan Perlis dengan kemenangan 3-0, hasil jaringan hatrik pemain import, Bambang Pamungkas.

Tugas berat pastinya menanti ketua jurulatih Kelantan, Sathianathan apabila kepakaran dan sentuhannya ditagih oleh seluruh peminat setia Wira Merah yang dijangka membanjiri Stadium Shah Alam untuk sekurang-kurangnya keputusan seri.

-Utusan Malaysia

Tags: , , ,

Readers Comments (39)

  1. logan says:

    RED GIANTS ALWAYS THE CHAMPIONS.
    SELANGOR BOLEHHHHHHHHHHHHHHHHHHH.
    PIALA YANG DI MINATI OLEHNYA, TAKAN DILEPAS, NO WAY, SURE SELANGOR CAN DO IT FOR THE 33 YRS. ALL THE BEST.

    DARI TIMOR LESTE (MISI PBB)
    LOGA, ANAK SELANGOR, MALAYSIA.

  2. man says:

    kelate buleh

  3. Tahniah selangor kte g peluang kt klate..pas nie kte aibkn kt kota bharu..
    Viva selangor!!

  4. Master junior says:

    Final
    Selangor vs n.9

  5. hohoho says:

    tahniah SELANGOR……
    memg hebat d gelanggang sndri..x menang atas padg…menang luar stadium..sorg mati..
    memg SELANGOR boleh..

    nnti tngok aib d KB lak..
    tggu yer…rmai2 kita ke KoTa BhaRU…

    • sep falahiah says:

      selangor blh nk tmpat sdiri
      kalu brani mri kb mlm esk….
      sep ak tggu..
      x soh dk koya la……..

    • matkelate says:

      wes jawa,ko ingat ko dah bunuh ore klate la nih,,dio mati sesok napas la ngok,,klu berani sangat mai la kb,,turun ramai2 klu stakat 1 bas xyah la,

  6. john says:

    memang fan slangor nih suka bunuh2 orang ek?maaf la.tanya jer.jangan marah

  7. sygrose says:

    Jgn t’lalu emotional sgt psl bola. stkt skong je dh ar, jgn ar smpi nk gduh2!…M’MALUKAN!Org Putih pn xwat mcm tu!!!!!!!!!!

  8. anok kelate says:

    penyokong kelantan sdah memeriahkan stadium s.alam kita jemput plak penyokong selangor memeriahkan stadium sultan mohd pada hari jumaat

  9. kimae says:

    penyokong selangor di jemput datang ke stadium sultan mohammad. puak2 kawe dah sedia pulut kuning untuk penyokong selangor

  10. Berani Mati says:

    Pulok kuning Tupat dakap hahahaha mai ramai2 penyokong s’gor

  11. red says:

    sel mane ade fulus nak pegi tengok bola jauh jauh. paling pun dalam tv je

  12. mazlan says:

    vivs selangor! ! ! selangor akan ke FINAL

  13. anuar says:

    selangor layu d kota bharu.baik jgn pergi ..

  14. kelate's fan says:

    ada ubi ada batas , ada masa boleh balas .
    mari stadium SM4 d KOTA BHARU ni kalu ado maso . kalu stakat hero d tepat sdri x “rok” . mari sini tgk sapo hero.pok2 kawe g pat demo,gini demo bui,acu mari pat kawe tgk demo kelik ko dok .

  15. btg_berjuntai says:

    ni nak jemput penyokong2 selangor hok paling samseng mari k kota bharu jumaat ni..
    puak2 kawe ready doh gulai hok paling sedap

  16. nikmang says:

    kawe bkn oghe kelate tp kawe sokong kelate.Penyokong dan pemain2 selangor akhir2 ni mmg samseng dan krg ajar..pemain mcm khairul anuar,amri yahya dan keling2 tu ptt diterajang di tgh pdg nanti..Tapi kawe yakin penyokong2 selangor xdok **** nk gi KB jumaat ni..maut menanti mereka.Pemain2 mereka pun dah luntur semangat..kecut ****. Masa ni lah pemain2 kelate mesti ambik advantage..njar dan cah keting parok2 biar mereka takut nk main bola..

  17. mrfaza says:

    kelantan stadium sendiri pun bakar,nak kecoh pasal sikap pemain selangor pule? bile mase pemain or penyokong kelantan maen (clean)????x kire game dengan team mane pun attitude pemain & penyokong tetap teruk.. selangor tetap steady..gaya2 bro.memang gempak..dengan semangat kental comfirm serta prestasi yg baik comfirm julang piala malaysia kali ke 33.di ulangi (33)..hahahahaha

  18. kelate's fan says:

    fans klate x kiro mno ,memenuhi stadium skmo.lawe d shah alam,situla fans klate ado.d harap mr faza sudi la dtg ke stadium kami d KB ni membawa semangat kental encik faza bersama piala malaysia kali ke 33.

  19. matjeng bukit muba says:

    jemput mari ke KB wahai penyokong selangor hak baling2 batu hari tu.
    kami akan sambut saudara2 dsamada di bukit yong ataupun merapoh lagi.
    kalu lalu kok jeli, kami tunggu di jeli.
    kawe nak tanak nasik tumbuk sambal nak jamu nih…

  20. gomokelate gomo says:

    ambo ado lembu 2 eko..ingat nk sembelih
    rayo haji nie..kalu lagu tu gak kite sembelih lah sekor wak sambut awok2 selangor nie mari KB..kito pakat2 gomo lah skit2 sore…

  21. selangor says:

    hhahhahaha..kpd penyokong selangor kamu sume mmg bgoz..kasi bungkus a KELANTAN ny jgn hrp nak mng..KELANTAN puuiihh!!!!!!
    balek jek a mkn budu byk2..hahhahahahhah KELANTAN xbleyh blah a wey…SELANGOR JUARA BERTAHAN DLM LIGA BOLA SEPAK!!!!!!1SELANGOR BOLEHHHHHHHHHHHH………….SELANGOR STAY THE WINNER……….KELANTAN BOLEH BLAHHHHHHHHHHH!!!!!!!!!!!1111

  22. natesumbak says:

    kepada kaum kerabat selangor yg bermaruah jom datang kelantan…kami sediakan kubur percuma…

  23. azizi says:

    kpd mano wot raso anok jati sel..acu mari eh kb mlm esk..kito tgk brapo ore wat buleh blk sel

  24. btg_berjuntai says:

    kepada penyokong selangor yg samseng… di stadium sdiri pon dah kena belasah.. ditimbuk di gelanggang sdiri.. marila ke stadium kb…stadium kami menyambut penyokong selangor dgn penuh sopan santun.. dengan pulut merahkuning dan gulai asam jawa akan dihidangkan…

    penyokong kelantan yg xsamseng ni pon berani dtg shah alam… best jahanamkan kerusi stadium…dan mengebom penyokong2 selangor, sambil dibalas dengan balingan bekas minuman …aduh sakitnya terkena bekas minuman…

    • syazwan says:

      tengok la dulu sapa samseng mu la klate bolok . hari tu sampai baling mercun kt pemain .pemain ok penyokong bodoh suka baling2 benda

  25. selangorlembik says:

    kepada semua penyokong selangor di jemput beramai2 ke stadium sultan mohd-iv di kota bharu pada male esok..kita tgk sape menang malam esok..kat tmpat sendiri pun seri ..hahaha wat malu “home” je..puok mung mari la berapo buah bah pung..puok aku tunggu di kota bharu..kalu sero ado butir la

  26. ady says:

    dlm hal sya amik jln sederhana…nk tanyo keduo2 penyokong ni..klu singapuro atau israel serang malaysia,adakah kita jg nk ikut negeri?? dok bukan?…dlm GAME klu buleh elakkan provokasi brlebihan..dan sememangnya saya penyokong kelantan tk berpuas ati dgn cara media massa dan elektronik melapor sesuatu kejadian tak tepat…harap sokernet.com tidak terikut2 media arus perdana…ini krn saya jg dlm bidang penyiaran…harap pok2 klate bertenang ok…kita tunjuk jantan kita dgn bg sokongn tk brbelah bagi pd pasukan..bukan sokong membawa rebah..klu buleh kekang skit kemaraan selangor itu suda cukop bergaya…

  27. BrgKemah says:

    Cakap byk..merah kuning ibarat:
    merah = air sirap
    kuning = biskut kering

    itu makanan red warriors je..haha

    3 - 0




Join Sokernet.com @ Facebook

Berita Berkaitan

Berita Terkini

Hak Cipta © 2010 Sokernet.com | Portal Bola Sepak Terunggul Di Malaysia.