REAL Madrid seharusnya menyalahkan diri sendiri apabila sekadar seri tanpa jaringan dengan pendatang baru, Levante awal pagi tadi dan menyebabkan ketinggalan satu mata di belakang juara bertahan Liga Sepanyol, Barcelona.
Valencia kembali merampas tangga teratas liga dengan meraih 13 daripada 15 mata maksimum hasil kejayaan membenam Sporting Gijon 2-0.
Real sebelum ini berada di puncak dengan kelebihan jaringan namun gagal mempamerkan ketajaman penyudah di depan gol ketika menentang Levante.
“Ia bukan sesuatu yang normal terhadap sebuah pasukan yang mempunyai banyak peluang.
“Sudah jelas ia membimbangkan saya kerana anda perlu menjaringkan gol untuk menang dan kami telah kehilangan mata.
“Bukan kualiti pemain yang menjadi masalah kerana mereka sudah biasa menjaringkan banyak gol,” jelas Jose Mourinho.
Real meledakkan 102 musim lalu tetapi di bawah kendalian Mourinho mereka hanya merekod enam gol dalam lima perlawanan awal.
Tags: La Liga 2010-2011, Levante, Liga Sepanyol, Real Madrid