Manchester United catat kemenangan ketiga

MANCHESTER United mengharungi kempen sempurna di peringkat Eropah apabila mencatat kemenangan ketiga berturut-turut selepas menang tipis 1-0 ke atas kelab Russia, CSKA Moscow awal pagi tadi.

Jaringan lewat Antonio Valencia membolehkan Manchester United mencuri tiga mata penuh untuk mengungguli saingan Kumpulan B, dengan mata maksimum. (lihat carta kumpulan)

Pemain sayap antarabangsa Ecuador itu memastikan jaringannya melengkapkan tiga kemenangan penuh United dalam saingan kumpulan, sekali gus mencipta sejarah tersendiri apabila memperoleh gol sulungnya di peringkat Eropah.

United juga menyamakan rekod 14 kemenangan berturut-turut di gelanggang lawan yang dipegang bersama kelab Belanda, Ajax Amsterdam.

United kembali ke Stadium Luzhniki yang juga mencatatkan sejarah apabila menang gelaran juara pada 2008 apabila menewaskan Chelsea pada perlawanan akhir.

Bagaimanapun United tanpa kelibat penyerang berbisa, Wayne Rooney serta Ryan Gigg, Patrice Evra, Darren Fletcher dan Park Ji-Sung yang masih cedera.

Begitu juga CSKA yang kini dibimbing bekas pengurus Sevilla, Tottenham dan Real Madrid, Juande Ramos juga tanpa kelibat pemain sayapnya dari Chile, Mark Gonzalez.

About the Author

Berita Bola has written 109 stories on this site.

Write a Comment

Gravatars are small images that can show your personality. You can get your gravatar for free today!

Copyright © 2009 Berita Bola Terkini. All rights reserved.
Powered by Sokernet.com, Berita Bola Terkini and Info Bola Sepak Teams.