Real Madrid tumbang di Bernabeu

PENYERANG Brazil, Alexandre Pato meledak dua gol ketika membantu AC Milan mengaibkan Real Madrid 3-2 di Stadium Santiago Bernabeu pada saingan kumpulan Liga Juara-Juara Eropah, awal pagi tadi.

AC Milan bagaimana pun ketinggalan satu gol apabila kesilapan Dida membolehkan Raul Gonzalez membuka jaringan awal tuan rumah pada minit ke-19.

Real menguasai perlawanan selepas itu dan mengekalkan Kedudukan 1-0 sehingga berakhir pertama.

Milan berjaya meningkatkan permainan pada babak kedua dan ledakan kencang dari jauh oleh Andrea Pirlo pada minit ke-62 gagal diselamatkan Iker Casillas untuk jaringan penyamaan pasukan pelawat.

Selang empat minit kemudian Pato menghukum kesilapan Casillas yang keluar dari posisinya untuk menolak bola ke gawang yang terbuka.

Real berjaya bangkit selepas itu menerusi jaringan penyerang Belanda, Royston Drenthe, namun gol kedua daripada Pato selepas itu membolehkan Milan mencatat kemenangan manis di Sepanyol.

Kemenangan Milan itu membolehkan kelab itu kini berkongsi enam mata dengan Real daripada tiga perlawanan dalam Kumpulan C. (Lihat Carta Liga Juara Eropah)

About the Author

Berita Bola has written 109 stories on this site.

Write a Comment

Gravatars are small images that can show your personality. You can get your gravatar for free today!

Copyright © 2009 Berita Bola Terkini. All rights reserved.
Powered by Sokernet.com, Berita Bola Terkini and Info Bola Sepak Teams.