Archive for December 21st, 2009

Persiapan Kelantan hadapi saingan 2010 lancar

KELANTAN merendah diri ketika mereka galak mendapatkan pemain baru berpengalaman untuk memperkuat barisan pemain pasukan itu menjelang saingan Liga Malaysia bermula 9 Januari depan. Kehadiran pemain baru seperti Syed Adney Syed Hussein (UPB-MyTeam), S Subramaniam (Perak), Azizi Mat Rose (KM Naza), Mohd Shakir Shaari (UPB-MyTeam), Norshahrul Idlan Talaha (UPB-MyTeam), S Chanturu (Penang), Akmal Rizal Ahmad Rakhli (KM Naza) dan Hairuddin Omar (T-Team) pasti mampu mengubah nasib ... Full story

N.Sembilan sasar Piala Sumbangsih

NEGERI Sembilan menjanjikan aksi lebih baik pada saingan Liga Malaysia musim depan demi mempertahankan reputasi pasukan selaku juara Piala Malaysia dan kini sudah membuat persiapan rapi bagi memastikan kejayaan lebih gemilang dapat dicapai. Kejayaan muncul juara Piala Malaysia tahun ini tidak bermakna skuad berkenaan sudah berpuas hati sebaliknya terus menggandakan usaha dengan mengadakan empat perlawanan persahabatan dalam tempoh dua minggu membabitkan pasukan Pos Malaysia, Muar FA, ... Full story

Benitez tidak bimbang ura-ura dipecat

PENGURUS Liverpool, Rafael Benitez menegaskan dia tidak takut dipecat biarpun selepas menyaksikan pasukannya mengalami kekalahan ketujuh dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di tangan pasukan tercorot ketika ini, Portsmouth. Pemain tengah, Javier Mascherano dibuang padang buat kali ketiga sepanjang bersama Liverpool ketika harapan kabur pelawat untuk meraih gelaran terus terpadam selepas tewas 2-0 di Fratton Park. Liverpool bukan saja hanya menang empat daripada 12 perlawanan liga, ... Full story

Mancini ikat kontrak 3 tahun bersama City

MANCHESTER City telah melantik Roberto Mancini sebagai pengurus baru mereka bagi menggantikan Mark Hughes yang telah dipecat kelmarin. Bekas jurulatih Inter Milan itu menandatangani kontrak selama tiga tahun setengah di Eastlands. Mancini, 45, telah memenangi tiga gelaran Serie A ketika membimbing Inter selama empat tahun sebelum Jose Mourinho menggantikan tempatnya tahun lepas. Hughes mengucapkan selamat tinggal kepada peminat setianya di Eastlands biarpun City menang 4-3 ke atas ... Full story

Musim terbaik Barcelona lakar rekod unik Sepanyol

Rencah Sepanyol jelas menerbitkan segala tarikan global dalam kalendar bola sepak musim 2009 dengan majoriti bahan berita menarik hadir daripada negara yang kini disebut antara pilihan hangat menjuarai Piala Dunia, tahun depan. Tahun ini, jelas akan masuk dalam lipatan sejarah sebagai tahun yang menyaksikan Barcelona menjulang treble buat julung kali, Real Madrid memecahkan rekod perpindahan dunia untuk menandatangani Cristiano Ronaldo manakala juara Euro 2008, Sepanyol itu ... Full story

Skuad emas naik ‘pangkat’ pasukan senior Malaysia

SELEPAS memenangi pingat emas Sukan SEA Laos, skuad B-23 bimbingan K Rajagobal terus dinaikkan pangkat oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sebagai skuad utama pasukan kebangsaan dan mendapat ‘restu’ daripada beberapa bekas pemain senior. Bekas ketua pasukan skuad senior kebangsaan yang membantu Negeri Sembilan muncul juara Piala Malaysia, Shukor Adan berkata, apa yang dilakukan oleh FAM adalah satu pendekatan yang bagus dan skuad tersebut tidak seharusnya dibubarkan. “Skuad ... Full story

West Ham 1 Chelsea 1

CHELSEA gagal mengambil kesempatan untuk mengukuhkan kedudukan di persada Liga Perdana Inggeris apabila sekadar seri 1-1 dengan kelab dasar liga, West Ham, awal pagi ini. (Lihat Carta EPL) Keputusan pengadil perlawanan mengarahkan Frank Lampard mengambil sepakan penalti sebanyak dua kali lebih mencuri tumpuan dalam aksi berkenaan. Gol pendahuluan tuan rumah turut dijaringkan menerusi sepakan penalti pada babak pertama. West Ham ... Full story

Manchester City Memecat Pengurus Mark Hughes

Full story
Copyright © 2009 Berita Bola Terkini. All rights reserved.
Powered by Sokernet.com, Berita Bola Terkini and Info Bola Sepak Teams.