Chelsea hampiri fasa kalah mati

CHELSEA semakin menghampiri ke fasa kalah mati saingan Liga Juara-Juara Eropah selepas membelasah Atletico Madrid 4-0 buat kemenangan ketiga berturut-turut kelab England itu.

Penyerang Ivory Coast, Salomon Kalou menjaringkan dua gol pada setiap babak manakala serta satu gol menerusi Frank Lampard. Gol keempat The Blues hasil jaringan sendiri pemain lawan, Luis Perea.

Dua gol jaringan Salomon Kalou dan satu menerusi Frank Lampard serta jaringan sendiri Luis Perea memastikan The Blues mengharungi saingan peringkat kumpulan dengan rekod tanpa kalah setakat ini.

Lebih menarik daripada tiga perlawanan, Chelsea belum melepaskan sebarang gol untuk memungut sembilan mata maksimum diikuti FC Porto, ketinggalan tiga mata di belakang. Atletico berada di tangga terbawah dengan hanya satu mata.

Prestasi dipamerkan Chelsea sama sekali berbeza jika dibanding aksi kelab itu pada saingan liga domestik di mana mereka mencatat dua kekalahan berturut-turut di tempat lawan.

Menyedari keadaan itu Ancelotti tidak menurunkan Ricardo Carvalho kali ini selepas bek Portugal itu dipersalahkan ketika tewas kepada Aston Villa Sabtu lepas.

Ternyata perjudian Ancelotti berbaloi kali ini selepas prestasi hambar dalam dua aksi Liga Juara sebelum ini apabila hanya mampu menang tipis 1-0 dalam kedua-dua perlawanan.

About the Author

Berita Bola has written 109 stories on this site.

Write a Comment

Gravatars are small images that can show your personality. You can get your gravatar for free today!

Copyright © 2010 Berita Bola Terkini. All rights reserved.
Powered by Sokernet.com, Berita Bola Terkini and Info Bola Sepak Teams.