Manchester City 2 Stoke City 0
- Sunday, December 27, 2009, 1:13
- Liga Perdana Inggeris, Manchester City
- 58 views
- Add a comment
MANCHESTER City menghadiahkan kemenangan sulung buat pengurus barunya, Roberto Mancini selepas menang 2-0 ke atas Stoke City di halaman sendiri dalam aksi Liga Perdana Inggeris lewat malam tadi.
Bekas pengurus City, Mark Hughes dipecat minggu lalu selepas City mencatat kemenangan 4-3 ke atas Sunderland dan digantikan dengan Mancini, bekas pengurus Inter Milan.
Kedua-dua gol City dijaringkan pada babak pertama menerusi Martin Petrov pada minit ke-28 dan Carlos Tevez minit ke-45.
City kekal di tangga keenam liga dengan 32 mata, namun kemenangan berkenaan sekurang-kurangnya memberi harapan kepada pasukan itu untuk bersaing dalam kelompok empat teratas liga bagi meraih slot ke Liga Juara-Juara Eropah musim depan.
About the Author
Write a Comment
Gravatars are small images that can show your personality. You can get your gravatar for free today!