Ronaldo optimis Real Madrid rampas gelaran dari Barca
- Tuesday, December 22, 2009, 8:49
- Liga Primera Sepanyol, Real Madrid
- 45 views
- 1 comment
BINTANG bola sepak termahal di dunia, Cristiano Ronaldo percaya Real Madrid berada di posisi yang terbaik untuk merampas gelaran Liga Sepanyol daripada musuh utamanya, Barcelona. Pemain kelahiran Portugal itu berjaya menjaringkan satu gol ketika membenamkan Real Zaragoza, 6-0 menjadikan pasukan itu berada berhampiran dengan pendahulu liga, Barcelona yang mempunyai dua mata di hadapan.
“Saya berkerja keras dan mahu membawa ia sehingga akhir musim. Saya melakukan yang terbaik setiap hari. Saya terlepas sepanjang dua bulan perlawanan dan datang kembali adalah sesuatu yang sukar tetapi semuanya berjalan dengan lancar. Adalah penting untuk menyudahkan tahun ini dengan kemenangan dan kami gembira jika ia benar-benar berlaku. Kami juga perlu berfikir tentang tahun baru, yang patut kita mulakan serta apa yang kita perlu selesaikan tahun ini,” katanya kepada laman web rasmi Real Madrid.
Ketika Barcelona berada di Abu Dhabi meraikan kemenangan trofi keenamnya pada Piala Kelab Dunia, Real menunjukkan aksi terbaik dengan menundukkan Zaragoza. Rafael Van der Vaart dan Gonzalo Higuain menyumbangkan dua gol sebelum separuh masa pertama tamat.
Kemudian, Ronaldo yang dimasukkan setelah digantung, berjaya memperdayakan pemain pertahanan Zaragoza sebelum menambah gol kelima dan pemain gantian, Karim Benzema untuk menyudahkan aksi 20 minit kemudian dengan jaringan satu lagi gol.
Sementara itu, satu lagi perlawanan kelmarin antara pasukan harapan Liga Juara-Juara, Deportivo La Coruna dan Valencia berakhir dengan hampa tanpa sebarang jaringan. Jika kemenangan berlaku di Riazor itu, Valencia bakal meletakkan diri di tangga ketiga di belakang Barcelona dan Real Madrid, sementara Deportivo pula berpeluang mendaki ke tangga keempat namun pertembungan kedua-dua pasukan itu tidak memberi sebarang kenaikan.
Deportivo dilihat mara dengan kecemerlangan Juan Carlos Valeron namun pertahanan Valencia seolah-olah membuktikan pasukan itu sukar digempur. Peluang terbaik turut didatangi Adrian Lopez dan Sergio Gonzalez ketika Valeron memberi tandukan kepada mereka namun, terkena palang sebelum separuh masa berakhir.
Valencia kini berada di tangga keempat dengan 10 mata di belakang Barcelona dan Deportivo di tangga keenam dengan 12 mata di belakang pendahulu.
Sementara itu, Atletico Madrid pula meneruskan kekecewaan mereka apabila seri, 1-1 pada perlawanan di Tenerife, ini memberi ancaman kepada kedudukan pasukan tersebut.
Pada perlawanan itu, Juan ‘Nino’ Martinez meledakkan gol buat Tenerife pada tiga minit perlawanan namun kedudukan itu disamakan kembalikan Atletico oleh Jose Jurado yang tidak dibantu penyerang utama pasukan Sergio Aguero kerana kecederaan.
Bagaimanapun, percubaan Nino untuk memberi kemenangan kepada Tenerife juga ternyata gagal tetapi, penjaga gol Sergio Asenjo berjaya mengawal keadaan dengan menyelamatkan gawang ketika tendangan penalti diberikan.
Mallorca pula tewas untuk mempertahankan kedudukan untuk menempah tempat di Eropah selepas tumbang, 2-1 kepada Malaga. Fernando Fernandez menyumbat gol di kawasan jaringan selepas 23 minit namun Mallorca berjaya memberikan mata seri hasil daripada jaringan Julio Alvarez. Namun kembali hampa apabila Fernando Forestieri memberikan jaringan kemenangan.
Villarreal meneruskan kecemerlangan ketiga musim ini apabila menang, 2-0 ke atas Racing Santander. Pasukan tuan rumah itu berjaya mendominasi permainan namun dilihat tidak mengambil peluang sehinggalah separuh masa kedua dengan jaringan Joseba Llorente dan Giuseppe Rossi.
Espanyol juga meraih kejayaan apabila jaringan gol pertama dalam lima perlawanan ketika menentang Almeria, 2-0 sekali gus memberi tekanan kepada jurulatih Hugo Sanchez.
Dalam perlawanan pertama, dia yang menyenaraikan Javi Marquez yang menjaringkan gol selepas 45 minit dan Ferran Corominas pula memberikan kemenangan dengan jaringan lewat.
Minit-minit terakhir menyaksikan jaringan daripada Haris Medunjanin memberikan Valladolid kemenangan, 2-1 di tempat sendiri ketika menentang Sporting Gijon. Nivaldo Batista berjaya menghalang percubaan gol daripada Luis Moran dan dan jaringan Medunjanin membuktikan Vallodolid berhak menang dengan pelbagai peluang yang ada.
About the Author
One Comment on “Ronaldo optimis Real Madrid rampas gelaran dari Barca”
Write a Comment
Gravatars are small images that can show your personality. You can get your gravatar for free today!
gggggggggggggo madridddddddddddddddddddd