- Thursday, December 17, 2009, 20:08
- Skuad Kebangsaan, Sukan Sea
- 521 views
MALAYSIA mengakhiri kemarau 20 tahun untuk memenangi pingat emas acara bola sepak lelaki Sukan SEA apabila berjaya menewaskan Vietnam 1-0 pada perlawanan akhir yang baru berakhir.
Skuad bola sepak bawah 23 negara mencipta sejarah Sukan SEA apabila menang emas pertama selepas kali terakhir dilakukan 20 tahun lalu.
Jaringan gol sendiri pemain Vietnam, Mai Xuan Hop pada minit ke-85 memberikan peluang untuk Malaysia memperoleh emas dalam acara akhir ...
Full story
- Thursday, December 17, 2009, 19:58
- Skuad Kebangsaan, Sukan Sea
- 372 views
SKUAD bola sepak bawah 23 negara mencipta sejarah Sukan SEA apabila berjaya memenangi pingat emas pertama selepas kali terakhir dilakukan 20 tahun lalu.
Jaringan gol sendiri pemain Vietnam selepas tolakan Norshahrul Idlan Talaha memastikan impian Malaysia untuk memperoleh emas dalam acara bola sepak lelaki Sukan SEA ke-25 di Laos.
Kali terakhir skuad negara menang emas ialah di Temasya Kuala Lumpur 1989. Ketika itu Malaysia menewaskan Singapura 3-1....
Full story
- Wednesday, December 16, 2009, 3:23
- Skuad Kebangsaan, Sukan Sea
- 291 views
PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) menjanjikan ganjaran kepada skuad bawah 23 tahun kebangsaan jika berjaya menewaskan Vietnam pada perlawanan akhir acara bola sepak lelaki untuk membawa pulang pingat emas pada Sukan SEA di Laos yang dijadual Khamis ini.
Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad berkata perkara itu telah dititahkan presiden badan induk bola sepak kebangsaan, Sultan Ahmad Shah kepadanya semalam.
"Malah kejayaan mereka berjaya ke satu tahap ...
Full story
- Tuesday, December 15, 2009, 11:06
- Skuad Kebangsaan, Sukan Sea
- 370 views
MALAYSIA hanya selangkah untuk menamatkan kemarau 20 tahun pingat emas acara bola sepak Sukan SEA. Pada aksi separuh akhir di Stadium Utama, Kompleks Sukan Nasional di Vientiane malam tadi, dua jaringan Badrol Bakhtiar dan satu jaringan Safiq Rahim membolehkan Malaysia menundukkan tuan rumah, Laos 3-1 untuk menempah tiket ke perlawanan akhir Khamis ini.
Mereka bakal berdepan Vietnam setelah juara Kumpulan A itu mudah menewaskan Singapura 4-1 ...
Full story
- Tuesday, December 15, 2009, 10:28
- Skuad Kebangsaan, Sukan Sea
- 616 views
SELEPAS menewaskan Laos 3-1 di separuh akhir, malam tadi, Malaysia berpeluang menamatkan kemarau pingat emas 20 tahun acara bola sepak apabila mara ke final untuk bertemu Vietnam, Khamis ini (17 Disember).
Vietnam yang menewaskan Malaysia 3-1 pada peringkat kumpulan membenam Singapura, 4-1 dalam satu lagi aksi separuh akhir.
Dua jaringan Badrol Bakhtiar pada minit ke-14 dan 80 serta gol Safiq Rahim minit ke-85 menemukan semula Malaysia dengan ...
Full story