Sukan SEA: Impian emas skuad bola sepak Malaysia
- Tuesday, December 15, 2009, 10:28
- Skuad Kebangsaan, Sukan Sea
- 809 views
- 2 comments
SELEPAS menewaskan Laos 3-1 di separuh akhir, malam tadi, Malaysia berpeluang menamatkan kemarau pingat emas 20 tahun acara bola sepak apabila mara ke final untuk bertemu Vietnam, Khamis ini (17 Disember).
Vietnam yang menewaskan Malaysia 3-1 pada peringkat kumpulan membenam Singapura, 4-1 dalam satu lagi aksi separuh akhir.
Dua jaringan Badrol Bakhtiar pada minit ke-14 dan 80 serta gol Safiq Rahim minit ke-85 menemukan semula Malaysia dengan Vietnam, cuma kali ini di pentas final dan mungkin skripnya mungkin akan berbeza sama sekali.
Pada saingan peringkat kumpulan itu juga menyaksikan pemain utama Malaysia seperti Zaquan Adha Abdul Razak, Amirul Hadi Zainal dan Farizal Marlias digantung perlawanan.
Kali terakhir Malaysia menang pingat emas ialah 20 tahun lalu iaitu pada temasya 1989 dan hampir saja mengulanginya pada temasya 2001 di Kuala Lumpur, tetapi tewas 0-1 di tangan Thailand.
Kini, peluang itu datang lagi, Khamis ini. Anak-anak buah K Rajagobal pastinya tidak akan membiarkan peluang yang jarang-jarang dimiliki itu terlepas begitu sahaja selain perlu memikirkan harapan jutaan rakyat Malaysia di tanah air yang memberi sokongan tidak berbelah bahagi sekali pun dari jauh.
About the Author
2 Comments on “Sukan SEA: Impian emas skuad bola sepak Malaysia”
Write a Comment
Gravatars are small images that can show your personality. You can get your gravatar for free today!
sama-sama kita sokong team malaysia final sukan sea … tak dapat pingat perak pingat emas pun jadi laaaaaaaa..
Tahniah buat pasukan bola sepak malaysia… Malaysia Boleh..