Archive for December, 2009

Page 1 of 3123»

MU baham Wolves, kongsi kedudukan dengan Chelsea

MANCHESTER United menewaskan Wolverhampton Wanderers 3-0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Old Trafford, awal pagi tadi, sekali gus berkongsi mata dengan pendahulu liga, Chelsea. (Carta EPL) Bagaimanapun, Chelsea masih menduduki tempat teratas liga kerana perbezaan jaringan gol dan mempunyai kelebihan satu perlawanan apabila bertemu Portsmouth, awal pagi esok. United yang ditewaskan Aston Villa hujung minggu lalu, ... Full story

Selangor, Kelantan dapat bye pusingan pertama Piala FA 2010

FINALIS 2009, Selangor dan Kelantan mendapat bye pada pusingan pertama kejohanan Piala FA 2010 dalam undian yang diadakan di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam. Kedua-dua pasukan itu juga dipisah antara satu sama lain dan hanya akan bertemu di pentas final yang dijadual pada 10 April 2010 jika mereka berjaya melepasi setiap halangan. Gergasi Merah dan Wira Merah akan memulakan aksi terus di pusingan kedua, 9 dan 20 ... Full story

Liga Malaysia 2010 bermula 9 Januari

LIGA Malaysia bagi musim depan akan membuka tirainya pada hari Sabtu, 9 Januari 2010 dengan perlawanan Piala Sumbangsih antara juara Piala Malaysia 2009, Negeri Sembilan dengan pemenang Piala FA, Selangor di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi. Pada tarikh itu juga perlawanan-perlawanan lain bagi Liga Super turut bermula. Manakala bagi saingan Liga Perdana pula, aksi pembukaan adalah pada hari Isnin, 11 Januari 2010. Sementara itu, saingan Piala FA dijadualkan ... Full story

Ganjaran buat pemain Malaysia jika menang emas Sukan SEA

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) menjanjikan ganjaran kepada skuad bawah 23 tahun kebangsaan jika berjaya menewaskan Vietnam pada perlawanan akhir acara bola sepak lelaki untuk membawa pulang pingat emas pada Sukan SEA di Laos yang dijadual Khamis ini. Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad berkata perkara itu telah dititahkan presiden badan induk bola sepak kebangsaan, Sultan Ahmad Shah kepadanya semalam. "Malah kejayaan mereka berjaya ke satu tahap ... Full story

Final Sukan SEA 2009 Malaysia-Vietnam LIVE di TV2

RTM mengesahkan akan menyiarkan secara langsung perlawanan akhir acara bola sepak Sukan SEA antara Malaysia menentang Vietnam. Para peminat bola sepak di tanah air boleh mengikuti Siaran langsung tersebut menerusi TV2 mulai jam 5.55 petang, 17 Disember (Khamis) ini. Demikian menurut laporan Berita Nasional jam 8 malam ini. Full story

Sukan SEA 2009: Malaysia vs Laos 3-1 Separuh Akhir

Full story

Detik ke Final Sukan SEA 2009

MALAYSIA hanya selangkah untuk menamatkan kemarau 20 tahun pingat emas acara bola sepak Sukan SEA. Pada aksi separuh akhir di Stadium Utama, Kompleks Sukan Nasional di Vientiane malam tadi, dua jaringan Badrol Bakhtiar dan satu jaringan Safiq Rahim membolehkan Malaysia menundukkan tuan rumah, Laos 3-1 untuk menempah tiket ke perlawanan akhir Khamis ini. Mereka bakal berdepan Vietnam setelah juara Kumpulan A itu mudah menewaskan Singapura 4-1 ... Full story

Sukan SEA: Impian emas skuad bola sepak Malaysia

SELEPAS menewaskan Laos 3-1 di separuh akhir, malam tadi, Malaysia berpeluang menamatkan kemarau pingat emas 20 tahun acara bola sepak apabila mara ke final untuk bertemu Vietnam, Khamis ini (17 Disember). Vietnam yang menewaskan Malaysia 3-1 pada peringkat kumpulan membenam Singapura, 4-1 dalam satu lagi aksi separuh akhir. Dua jaringan Badrol Bakhtiar pada minit ke-14 dan 80 serta gol Safiq Rahim minit ke-85 menemukan semula Malaysia dengan ... Full story

Video: Malaysia vs Laos 3-1 Separuh Akhir Sukan SEA

AKSI Malaysia di peringkat separuh akhir acara bola sepak Sukan SEA 2009 tidak menghampakan apabila berjaya menundukkan tuan rumah, Laos 3-1 sekaligus mara ke perlawanan akhir, 17 Disember ini. Malaysia mendahului Laos pada minit ke-14 menerusi jaringan Badrol Bakhtiar, namun pasukan tuan rumah berjaya bangkit menyamakan kedudukan pada minit ke-72. Dua gol selepas itu memastikan Malaysia mencipta kemenangan penuh bermakna untuk pemburuan pingat emas menentang Vietnam pada ... Full story

Peluang Malaysia akhiri penantian 20 tahun emas bola sepak Sukan SEA

MALAYSIA berpeluang menamatkan kemarau emas selama 20 tahun apabila mara ke perlawanan akhir acara bola sepak lelaki pada Sukan SEA ke-25, selepas menewaskan Laos 3-1 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Utama, Kompleks Sukan Nasional, malam ini. Lawan Malaysia pada pertemuan akhir yang dijadual Khamis ini (17 Disember) ialah Vietnam yang menumpaskan Singapura 4-1 dalam satu lagi perlawanan separuh akhir di Stadium Chaou Anouvong. Badrol Bakhtiar menyumbat ... Full story
Page 1 of 3123»
Copyright © 2009 Berita Bola Terkini. All rights reserved.
Powered by Sokernet.com, Berita Bola Terkini and Info Bola Sepak Teams.