Sukan SEA: Kemarau 20 tahun Malaysia berakhir, lunas dendam ke atas Vietnam
- Thursday, December 17, 2009, 20:08
- Skuad Kebangsaan, Sukan Sea
- 749 views
- 3 comments
MALAYSIA mengakhiri kemarau 20 tahun untuk memenangi pingat emas acara bola sepak lelaki Sukan SEA apabila berjaya menewaskan Vietnam 1-0 pada perlawanan akhir yang baru berakhir.
Skuad bola sepak bawah 23 negara mencipta sejarah Sukan SEA apabila menang emas pertama selepas kali terakhir dilakukan 20 tahun lalu.
Jaringan gol sendiri pemain Vietnam, Mai Xuan Hop pada minit ke-85 memberikan peluang untuk Malaysia memperoleh emas dalam acara akhir bola sepak lelaki Sukan SEA ke-25. Kali terakhir skuad negara menang emas ialah di Temasya Kuala Lumpur 1989.
Gol tersebut berpunca dalam perebutan di depan gawang Vietnam ketika hantaran lintang daripada Safiq Rahim, yang ditujukan kepada pemain gantian, Mohamad Zaquan Adha Abd Radzak, ditampan oleh Mai Xuan Hop dan masuk ke gawangnya sendiri.
Bermain di depan hampir 17 ribu penyokong lawan yang memakai baju-T merah dan bintang warna kuning di dada, Malaysia dan Vietnam memulakan perlawanan dengan berhati-hati dengan masing-masing cuba melakukan percubaan untuk menguji gawang lawan.
Aksi berhati-hati kedua-dua pasukan menyebabkan bola banyak berlegar di tengah padang dan sesekali, pemain Vietnam yang terkenal dengan larian laju cuba menguji penjaga gawang Malaysia, Mohd Sharbinee Allawee dengan percubaan jarak jauh.
Kesempatan terbaik Malaysia untuk membolosi gawang lawan muncul pada minit ke-29 tetapi tandukan S.Kunalan melepasi palang gol.
Terikat tanpa sebarang jaringan pada separuh masa pertama, kedua-dua pasukan menggandakan asakan untuk mencari gol pembukaan.
Malaysia tampak mendominasi perlawanan separuh masa kedua bila berjaya mengekang asakan lawan dan menghentikan hantaran jauh mereka menyebabkan penyerang lawan tidak mendapat bantuan apabila berada di hadapan pintu gol Malaysia.
Benteng Malaysia yang dikendalikan oleh Sabre Mat Abu perlu diberi pujian kerana berjaya mengekang asakan lawan dan ketika barisan penyerang Malaysia pula ketandusan idea, Rajagobal memasukkan Mohamad Zaquan Adha bagi menggantikan Ahmad Fakri Saarani pada minit ke-69.
Kemasukan penyerang itu jelas memberi nafas baru kepada pasukan namun banyak percubaan di depan gawang lawan masih belum mampu mencecah jaring Vietnam.
Namun, gol sendiri oleh Mai Xuan Hop akhirnya memperlahankan rentak lawan sebelum pengadil Pratap Singh meniup wisel penamat.
Malaysia menempah tiket ke final selepas menewaskan tuan rumah, Laos 3-1 sementara Vietnam mengalahkan Singapura 4-1, pada perlawanan separuh akhir, Selasa lepas.
About the Author
3 Comments on “Sukan SEA: Kemarau 20 tahun Malaysia berakhir, lunas dendam ke atas Vietnam”
Write a Comment
Gravatars are small images that can show your personality. You can get your gravatar for free today!
yezza Malaysia boleh. emm terharu bila tgk akhirnya pasukan bolasepak kita akhirnya berjaya menjuarai didalam pertandingan bolasepak dan dalam hal ni ialah sukan sea ke 25 dia laos di mana kita memenangi pingat emas.mungkinkah ini permulaan kembalinya mutu bolasepak di Malaysia? terlalu awal untuk membuat kesimpulan tetapi ini adalah langkah positif untuk sesuatu yang lebih baik di dalam bolasepak tempatan kita. tahniah Malaysia, Malaysia boleh!!!
Tahniah Malaysia! Kena kalah 20 tahun baru boleh menang! Jangan ulangi lagi kesilapan lepas.. Sekarang kena fikir macam mana nak pertahankan pulak… thiland lepas lapan lai tersungkur jugak! Syabas!
tahniah malaysia