Archive for December 20th, 2009

Barcelona juara Piala Dunia Kelab 2009

BARCELONA dinobatkan sebagai juara Piala Dunia Kelab yang berakhir awal pagi tadi, selepas menundukkan kelab Argentina, Estudiantes 2-1 pada masa tambahan. Mauro Boselli meletakkan Estudiantes di depan selepas 37 minit perlawanan berlangsung sebelum penyerang Barcelona Pedro menjaringkan gol penyamaan di saat akhir perlawanan dan Lionel Messi melengkapkan kemenangan kelab itu hasil jaringan pada minit ke-110. Barcelona pernah mara ke perlawanan akhir Piala Dunia Kelab pada edisi 2006 ... Full story

Mark Hughes dipecat, Roberto Mancini pengurus baru Manchester City

MARK Hughes dipecat sebagai Pengurus Manchester City semalam dan tempatnya diganti bekas jurulatih Inter Milan, Roberto Mancini, menurut pengumuman yang dibuat kelab itu awal pagi tadi. Walaupun Manchester City hanya tewas dua kali sepanjang musim yang masih berlangsung ketika ini dan menang 4-3 dalam perlawanan menentang Sunderland pagi tadi, pemilik kelab daripada Abu Dhabi, Sheikh Mansour masih tidak berpuas hati dengan pencapaian Hughes.... Full story

Real Madrid belasah Zaragoza 6-0

REAL Madrid terus memberi tekanan kepada pendahulu, Barcelona selepas membelasah Real Zaragoza 6-0 dalam aksi Liga Primera Sepanyol di Santiago Bernabeu, awal pagi tadi. Gonzalo Higuain dan Rafael Van der Vaart masing-masing menjaringkan dua gol manakala Cristiano Ronaldo dan Karim Benzema menambah dua lagi gol tuan rumah. Kemenangan itu memastikan Real Madrid kekal berada dua mata di belakang Barcelona dengan 37 mata selepas 15 perlawanan. Bagaimanapun pasukan tangga ... Full story

Perlis akhiri penantian 13 tahun ke final

PENANTIAN 13 tahun Perlis untuk beraksi di pentas akhir Piala Emas Raja-Raja berakhir selepas menewaskan Johor 3-0 di separuh akhir kedua, di Kangar semalam, sesudah terikat 0-0 pada pertemuan pertama. Kejayaan itu bakal mempertemukan skuad bimbingan bekas pemain kebangsaan dan Kedah, Kamal Idris Ali itu dengan Kedah yang menewaskan Singapura dengan agregat 3-2. Pada perlawanan semalam, selepas mensia-siakan beberapa peluang, jaringan yang dinantikan akhirnya muncul menerusi sepakan ... Full story

Kedah, Perlis mara ke final Piala Emas Raja-Raja

DUA pasukan dari Utara, Perlis dan Kedah akan berentap pada perlawanan akhir Piala Emas Raja-Raja 2009 apabila berjaya mengatasi lawan masing-masing pada aksi separuh akhir kedua semalam. Perlis melayakkan diri ke perlawanan akhir setelah menewaskan Johor 3-0 di Stadium Utama, semalam. Pada aksi separuh akhir kedua minggu lalu, kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan. Kemenangan berkenaan membolehkan Perlis membuat perhitungan dengan Kedah yang menewaskan Singapura 2-1 pada satu ... Full story

Fulham jejas peluang MU kejar Chelsea

MANCHESTER United mengalami kekalahan kedua berturut-turut apabila tewas 3-0 kepada Fulham di gelanggang lawan, sekali gus menjejaskan peluangnya untuk merapatkan diri dengan pendahulu liga, Chelsea. Selepas tewas kepada Aston Villa 1-0 minggu lalu, jaringan Danny Murphy pada babak pertama sebelum Bobby Zamora, Damien Duff mengukuhkan kedudukan buat tuan rumah, menyebabkan United kekal tiga mata di belakang Chelsea. Jurang itu boleh dilebarkan kepada enam mata seandainya Chelsea menundukkan ... Full story

Liverpool aib di tangan kelab tercorot liga

KELAB tercorot, Portsmouth menambah derita Liverpool yang terus merana selepas tewas 0-2 pada perlawanan Liga Perdana Inggeris, malam tadi. Apa lagi yang boleh diperkatakan tentang Liverpool ketika ini apabila mereka makin tertekan berikutan kekalahan ketujuh musim ini yang paling memalukan. Selepas terkeluar daripada saingan Liga Juara-Juara Eropah seawal pusingan pertama, nasib Liverpool untuk memperbaiki kedudukan dalam liga domestik jelas tampak makin parah. Dua jaringan menerusi Nadir Belhadj (m-33) ... Full story

Fulham 3 Man United 0

FULHAM mencipta kejutan apabila membenam juara bertahan, Manchester United 3-0 di Craven Cottage dalam aksi Liga Perdana Inggeris, malam tadi. Danny Murphy membuka tirai jaringan buat tuan rumah dari jarak 30 meter selepas merampas bola yang gagal dikawal oleh Paul Scholes pada minit ke-22. Seminit selepas babak kedua bersambung Bobby Zamora mengukuhkan kedudukan buat tuan rumah sebelum Damien Duff melengkapkan kemenangan terbesar Fulham ke atas United. Kekalahan ... Full story
Copyright © 2009 Berita Bola Terkini. All rights reserved.
Powered by Sokernet.com, Berita Bola Terkini and Info Bola Sepak Teams.