Undian pusingan kedua Liga Juara-Juara Eropah 2009/10

KURANG sejam dari sekarang, nasib 16 kelab elit yang masih bersaing dalam kejohanan Liga Juara-Juara Eropah bakal ditentukan apabila undian pusingan kedua dilakukan bertempat di ibu pejabat UEFA di Nyon, Switzerland.

Kelab-kelab terbabit iaitu masing-masing tiga dari England (Chelsea, Manchester United dan Arsenal), Sepanyol (Barcelona, Real Madrid dan Sevilla) dan Itali (Inter Milan, Fiorentina dan AC Milan).

Tujuh lagi kelab ialah dua dari Jerman (Bayern Munich dan VfB Stuttgart), dua dari Perancis (Bordeaux dan Lyon) serta masing-masing satu mewakili Portugal (Porto), Russia (CSKA Moscow) dan Greece (Olympiacos).

Peraturan UEFA menetapkan undian pusingan kedua tidak akan menemukan juara setiap kumpulan serta kelab dari negara yang sama. Kelab yang berada sekumpulan pada peringkat kumpulan sebelum ini juga tidak akan bertemu di pusingan kedua.

Lapan juara kumpulan iaitu Bordeaux, Manchester United, Real Madrid, Chelsea, Fiorentina, Barcelona, Sevilla dan Arsenal diletakkan sebagai pilihan dan akan diundi menentang naib juara kumpulan bukan dari kelab senegara.

Berdasarkan peraturan berkenaan, kemungkinan pertemuan sesama kelab elit tidak dapat dielakkan. Misalnya pertemuan Real Madrid-Inter Milan, Chelsea-AC Milan, Manchester United-AC Milan, Arsenal-Inter Milan, Barcelona-AC Milan.

Paling menarik jika undian pusingan kedua nanti menemukan Chelsea dengan Inter Milan yang kini dibimbing bekas pengurus Chelsea, Jose Mourinho. Atau kemungkinan juga anak buah Mourinho akan bertemu bekas musuh lamanya, Alex Ferguson yang membimbing Manchester United.

UPDATE: KEPUTUSAN PENUH UNDIAN

About the Author

Sokernet has written 145 stories on this site.

Write a Comment

Gravatars are small images that can show your personality. You can get your gravatar for free today!

Copyright © 2010 Berita Bola Terkini. All rights reserved.
Powered by Sokernet.com, Berita Bola Terkini and Info Bola Sepak Teams.