Terengganu enggan tercicir mata di Pasir Gudang
- Saturday, April 17, 2010, 13:08
- Liga Super
- 74 views
- 1 comment
DENGAN persaingan Liga Super kian hangat, Terengganu kini tidak boleh keciciran sebarang mata andai mahu terus menghambat Selangor di kemuncak liga.
Terengganu ketika ini ketinggalan dari segi mata, namun memiliki kelebihan dua perlawanan dalam tangan selepas pendahulu liga, Selangor beraksi menentang Perak, malam tadi.
Dan jurang itu mampu dirapatkan kembali apabila bertemu Johor FC di tempat lawan malam ini manakala kegagalan akan memberikan lawan itu kesempatan untuk memintas di tangga kedua.
Jurulatih Irfan Bakti Abu Salim berkata, tiada guna memikirkan segala kemungkinan mengenai Selangor, sebaliknya Terengganu perlu menumpukan perhatian terhadap kemampuan sendiri.
“Kami tak fikirkan soal Selangor, sebaliknya memikirkan pasukan kami sendiri. Kami sudah melupakan kekalahan pada (separuh akhir) Piala FA tempoh hari dan akan fokus kepada saingan liga,” kata Irfan.
Terengganu tersingkir daripada Piala FA selepas tewas 4-1 kepada Kedah secara agregat dan kini menyandarkan harapan mereka merebut gelaran liga dan Piala Malaysia.
Irfan menyambut kepulangan kapten, Marzuki Yusoff yang pulih daripada kecederaan tetapi terpaksa melupakan khidmat penyerang muda, Abdul Manaf Mamat dan Firdaus Fuzi yang menjalani penggantungan.
Jadual liga yang kembali bersambung selepas rehat hampir sebulan bakal menyaksikan Kelantan mahu merosakkan sambutan keraian juara Piala FA, Negeri Sembilan di Stadium Paroi dan Kedah ingin bangkit daripada kekecewaan kekalahan final, Sabtu lalu dengan kemenangan ke atas Kuala Lumpur di tempat lawan.
About the Author
One Comment on “Terengganu enggan tercicir mata di Pasir Gudang”
Write a Comment
Gravatars are small images that can show your personality. You can get your gravatar for free today!
jgn harap la negeri pntai timur nk mnang liga super…..
lg2 kelantan…..
kem slm bnyk2 ea….